Sunday, November 27, 2011

pupus




kenangan itu hening
dibawa angin lalu dalam suara merdu
membawa aku ke alam rindu
yang menyeksa
menenggelamkan kisah indah putus sedalamnya

bukan mahu aku melepaskanmu
bukan mahu aku melontar kesat
bukan mahu aku menghindar restu
dalam putar cerita ligat
yang tercipta antara kita

istana baru terdetik
ku biar renyai merintik
dalam basah aku menunggu

apa mungkin ada penggantimu?



Monday, November 21, 2011

Akhir



Krakk....terbuka
Pintu neraka untuk mereka
Yang dahaga laknat dariNya
Kronologi kiamat muncul akhirnya

Kau bentaklah
kau mintalah
kau tangislah
tak tercapai desakan
tak terlayan permintaan
cuma liuk merah itu harus kau telan

Dalam keramat ada bisu
Dalam pagi ada kelu
Dalam carik ada lukanya
Untuk kamu
Untuk aku
Untuk si penipu
Yang memimpikan serunai iblis
Dunia

Ya, senyumlah.




Tuesday, November 1, 2011

Balik




Aku lihat tembok itu
di dalam lingkaran pantulan bulan
samar - samar aku perhatikan
dari jauh nasihat hatiku

Mungkin lazimnya manusia keliru
Mana tahu apa baliknya
Tapi aku menyengih diri
Takkan indah tiada misteri

Aku hanyut dalam angan - angan menujunya