Suara - suara itu
Yang biasanya bingit menghimpit
Menggores perasaan itu.
Tiada lagi kelihatan
Jejak - jejak itu
Yang biasanya berlari sendiri
Menghilai kesedaran itu
Orang kata
Aku pekak telinganya
Aku buta matanya
Cuma lidah fungsi sempurna
Aku diamkan
Aku sedar aku pekak
Sedar juga aku buta
Cuma pekakku pada mata
Dan butaku pada telinga
Kerana itu juga mulutku bisu
Kerana hanya dia mengerti sakitnya aku.