Wednesday, August 29, 2012

Senyum


Dekat tapi jauh
Ada tapi tiada
Rapat tapi renggang

Biarlah apa hati rasa
Aku tahu kau bahagia

Cukup kalau dapat bermesra
Tanpa kata, cuma bertentang mata
kau di sana berdua
cantik indah membina istana
ku rasa memori kita sudah sempurna

Selamat untuk dia.


Tuesday, August 28, 2012

Selari


Biarlah dia hilang
dari wujud menyeksa
mencabul tembok - tembok bahagia
Biarlah dia kembali
dari wujud dekat menjauh
menceroboh lorong - lorong impian

Arus perdana


Rentak sumbang
kaki goyang
joget melayang, tumbang

hukum manusia
seraya membinasa
apa sahaja

tepuk tanah tanya khabar
yang ada cuma kita
sentiasa lupa kuburan

biarlah aku sesat dalam hanyut segala.

Sunday, August 26, 2012

Dugaan


Dalam raja itu hamba
Sedih bisu tiada teman
Tinggal sepi tanpa senyuman

Alangkah indahnya hamba
yang mampu menjadi raja
kepada potensi diri
terus segar ke pipi
agar tidak mengalir lagi.

Friday, August 10, 2012

Sakit


Ke kiri ke kanan si anak mata
mengikut pinggul si anak dara
menghumban sadar kadangnya
biarlah, kata mereka
asal punya budi yang cantik

walau hakikat budi terkemam mata melentik
siapa sedar sakit sendiri?

Wednesday, August 8, 2012

hari - hari


Aku malu mengadu
Maka aku menulis
Mana tahu terkesan hati sendiri