Thursday, April 4, 2013

Entah Kenapa


Rindu
Yang telah lama
Cuba dipendam
Dalam kebiasaan hidup
Telah berjaya menegur
Kewarasan yang wujud

Ternyata aku manusia biasa
Yang gemar
Mencari luka dalam tawa.

Entah kenapa ya?

Monday, April 1, 2013

Petang itu


Gamelan asyik
Ke kiri ke kanan
Dinikmati aku seperjalanan
Geleng kepala kecuali mata
Sesekali terhantuk sendiri

Gadis itu senyum
Aku senyum kembali

Dia melambai
Aku sahut lambaiannya dengan mesra
Kelihatan semua orang melihatku aneh

Ada pasangan muda bercinta di sana
Berpegang tangan penuh romantis
Menikmati pemandangan indah lautan sekitar

Ada kelompok gadis di situ
Antara yang memandangku aneh
Bersama temannya
Meneguk air kola dengan mabuk
Pakainya memalukan

Akhirnya aku aneh
Dunia memandang aku dalam ribu persoalan
Dan aku memandang mereka dengan juta pertanyaan
Paling ajaib,
Lautan dari batu juga boleh menenggelamkan kita ya?

Sudah pukul tujuh
Sambil pulang menikmati gamelan pinggung 
Yang ditawar senja.

Monday, March 18, 2013

Lara


Lara
Larangan
Lara 
Larangan
Lara 
Larangan
Larangan 
Larangan

Memang Lara
Kerana pikir
Sudah pupus sama sekali
Hei budak - budak ini

Wednesday, March 13, 2013

Ayam



Ayam lapar
Dalam pemodenan reban
Pintu canggih automatik
Dengan sensor melihat sana - sini
Dia termenung

Ayam lapar
Dengan kemudahan canggih
Perhubungan dunia kusut, serabut
Tanda tanya, seru tiada
Hujung jari mencium dunia sana
Dia gelisah ke sisi

Ayam lapar
Dengan proses sosial baru
Sistem korporat sarkis
Penuh jujur dalam kata
Ikhlas pada lidah
Hanya
Dia berkokok

Mana makananku?

Sunday, February 24, 2013

Cinta Haram

Kita jadi Tuhan
Dalam nikmat cinta kurniaan
Terus saja hukum segala
Dengan ideologi kufr

Tak perlu cari khususnya
Jangan dipandang adabnya
Usah digenggam hukumnya
Kita terang saja selalu jadi Tuhan

Sampai bila?