Tuesday, February 15, 2011

Sajak Untuk Panglima

to : arwah Haji Mohd Salleh bin Abdul Karim



Satu jatuh, kosong
Bumi indah kau senyum akannya tapi api menerpa
dari mana lagi kalau bukan dari si komunis celaka?
Kosong itu kuasa tapi mengapa hati juga hilang?
jeritan M disambut P dilempar A jatuh ke J bersama A
hancur membinasa semua
Tanpa belas

1916 mula cerita
1945 bersinarlah dia
2 minggu berdarah selamanya
Mencengkam kedamaian luluh serinya

Dipinta menjunjung semangat mahmuddiah
Diterima rela tanpa kata
Dipimpin setia demi agama
Walau nama di dalam dosa
Dosa terpaksa telunjuk mereka

Si putih kembali dengan bangga
Meneraju kebahagiaan kata mereka
Tetapi si gagak hitam itu hilang kuasanya
Amanlah sekali lagi
Walau yang cantik diambil dilaksana mereka
Walau kita ke bawah sentiasa di bawah
Di bawah kaki si ratu keparat.


Tuesday, February 1, 2011

Berdirinya mati


Usaha?
Apa indahnya usaha?
Aku mencuba tnpa henti
Mencari,menggali,menyelami
Tapi ia tetap jauh
Jernih air ku tatah
Kusam air ku teguk
Ia tetap pergi
Tnpa alsan yg memberi
Memberi indah kata dunia

Aku dusta
Dia sempurna
Aku r0sak
Dia tacakkan ego
Dia bkn dia
Dia nafsu yg memerah
Memerah amalan dlm jiwa

M0ga apa yg ada
Apa yg dpggil usaha trbalas
Trbalas atas nama jujur
Atas nama cinta sejati
Sesama akal sempurna

Aku se0rang mem0ri
Mem0ri sebuah peti
Peti diamanah hati

satu


Satu
Sekalian makhluk seramai satu
Satu pnuh makna pghayatan
Dlam satu ada seribu
Dalam satu ada sejuta
Satu hakiki itu pasti..

Engkau dengus kata jnji
Satu janji beribu erti
Satu hati luruh jnji
Sejuta kesabaran mendewasakn dri
Apa lagi
Apa lagi
Apa lagi

Mana hilang harapan?
Hrapan mati berd0a pilu
Engkau pergi
Xkan kembali

Sunday, January 30, 2011

apa mahumu cemas datang ke mari

keras hati tak terlawan egoku
sesak nafas tak terhela sepertimu
manis kata tak seindah dirimu
aku duduk sahaja begini.
tanpa senyum tanpa tawa.
bahagia kau di sana.

ini bukan cerita puitis
ini nukilan untuk diri
ini tulisan khayalan semata.

senyum ku ikhlas semata.
tangis kau jujur selalu
aku pilu
sedih merayu 
tanpa siapa tahu
dalam senyum aku ketawa
dalam ketawa aku suka
sukakan siapa sahaja
aku bukan bodoh, kejam seperti yg lain.
aku adalah aku
cerita mereka tentang aku berat sebelah.
mereka tidak kenal diri ini. hati ini
kau fikirlah sendiri.






Friday, January 28, 2011

101 untuk SATU

Aku lihat layu dalam Melayu
Aku pasti bukan aku seorang saja yang nampak
Ada juga bercadang bertanya tuan punya
Tapi bercampur risau dengan tak tergamak
Nanti dikata tak bersyukur, dikata tak sedar diri
Jadi aku menyendiri, memerhati dan akhirnya mengakui
Yang kita sendiri
Membiarkan bunga raya melayu ke kanan
Dan dibiar bunga tak cantik mekar di kiri

Aku lihat layu dalam Melayu
Tanah air kita yang punya
Kita siram, kita baja tapi angin api kita lupa
Mereka merancang masa menjilat bangsa

13 harimau bertukar menjadi mangsa
Kita lupa nenek moyang kaya-raya
Jangan sekali-kali digadai harta-bendanya

Ku lihat layu dalam Melayu
Ku lihat layu dalam Melayu
Ku lihat layu dalam Melayu

Takkan Melayu hilang di dunia
Ya... tapi apa guna tak hilang di dunia
Kalau kewujudan tidak dirasa
Petah berbahasa kudrat tak berjasa
Orang berbudi kita hanya tahu merasa
Selalu lari bila dirapat
Selalu malu bila soalan diaju
Selalu segan memberi pendapat
Rela mengikut dari meneraju
Belum nyanyi sudah bersorak
Suka berjanji dalam borak
Bukan kata tak ada otak
Cuma tak berfikir di luar kotak

Ku lihat layu dalam Melayu
Ku lihat layu dalam Melayu
Ku lihat layu dalam Melayu

Aku jadi sayu
Bunga menangis dia mendayu
Mahu jadi cantik tetapi ragu
Aku merayu
Bangunlah semula hidup kembali
Jangan tunggu matahari mati
Cepatlah mekar sebelum terlerai

Perjuangan kita belum selesai

credit to : MaLiQue - Layu