Sunday, November 27, 2011
pupus
kenangan itu hening
dibawa angin lalu dalam suara merdu
membawa aku ke alam rindu
yang menyeksa
menenggelamkan kisah indah putus sedalamnya
bukan mahu aku melepaskanmu
bukan mahu aku melontar kesat
bukan mahu aku menghindar restu
dalam putar cerita ligat
yang tercipta antara kita
istana baru terdetik
ku biar renyai merintik
dalam basah aku menunggu
apa mungkin ada penggantimu?
Monday, November 21, 2011
Akhir
Krakk....terbuka
Pintu neraka untuk mereka
Yang dahaga laknat dariNya
Kronologi kiamat muncul akhirnya
Kau bentaklah
kau mintalah
kau tangislah
tak tercapai desakan
tak terlayan permintaan
cuma liuk merah itu harus kau telan
Dalam keramat ada bisu
Dalam pagi ada kelu
Dalam carik ada lukanya
Untuk kamu
Untuk aku
Untuk si penipu
Yang memimpikan serunai iblis
Dunia
Ya, senyumlah.
Tuesday, November 1, 2011
Balik
Aku lihat tembok itu
di dalam lingkaran pantulan bulan
samar - samar aku perhatikan
dari jauh nasihat hatiku
Mungkin lazimnya manusia keliru
Mana tahu apa baliknya
Tapi aku menyengih diri
Takkan indah tiada misteri
Aku hanyut dalam angan - angan menujunya
Friday, October 28, 2011
Antara kita
" Apa? "
tanya dia
" Tiada apa - apa "
Bukan mencarik hati
Cuma aku tidak mengerti
Dalam senyum aku terduduk
Ertinya tiada diam menunduk
Agaknya apa yang ku mahu?
Agaknya apa yang kau tahu?
Tiadanya aku tahu
Tiadanya kau mahu
Kerana aku ialah aku
Yang bukan siapa - siapa
Aku Dia
Aku Dia
Dekat dalam jauh
Jauh dalam dekat
Thursday, October 20, 2011
Cerita dia
Ada satu cerita
akan si teruna bersahabat dengan si dara
dalam bicara dunia
kejayaan cerita
selalu bersama
Tetapi muncul akan bunga
mekar tiada hendaknya
berselingan sama suria
menyinar tanpa bahangnya
cuma dia terasa
Si kanan mengharap
Si kiri sunyi ketawa
Seperti selalunya tanpa apa
Si kanan tetap ketawa dalam kedap
Seperti siangnya sunyi dari sinar si suria
diangkat tangan keramat
dijulang cita melambung
ku yakin pasti ku dapat
kerahnya hati ku tarung
untuk dua menjadi satu
si burung berbisik jangan
si ular merisik pergi
dia keliru
termenung merungkap sejarah
membina memori dalam khayal sendiri
menjengkal jarak yang mungkin terjadi
apa benar ini pilihanku?
antara air yang tiada putus
atau tongkang kasih yang aku nakhodakan
biarku lihat apa pilihmu
benar - benar dia pergi tanyakannya
aku doakan kejayaanmu rakan.
rakanku yang paling rapat
serapat satu jasad dan jiwa
sangat sama
kiri dan kanan
kanan dan kiri
Subscribe to:
Posts (Atom)