Monday, April 29, 2013

Bodoh pandai


Yang pandai biasanya bodoh
kerana membodohkan mereka yang sedang belajar
sehingga lebih bodoh dari kebodohan dibodohkan

Yang pandai biasanya bodoh
kerana rasa pandai
sehingga bodoh dikata pandai

Yang pandai biasanya bodoh
kerana tidak tahu nipisnya beza antara bodoh dan pandai
jika tiada cerdik

Yang pandai biasanya bodoh
kerana lahirnya sombong
sehingga jadi tuhan dalam semua perkara

Bodoh itu bagus
jika punya sadar
Pandai itu celaka
jika tiada sadar

usaha bertepuk tangan menggendong harta

Monday, April 22, 2013

Takut


Biarkan saja kita     hilang
Lepaskan saja semua     girang
Kalau itu mampu sempurnakanmu
Terus menyempurnakanku
Sambil
Mengemam perit esok
Tanpa sumber bahgiaku

yang terlalu sempurna



Saturday, April 13, 2013

Senyum dari mata


Beri pelangi indah
Dalam senyuman mesra
Kamu dalam khabar
Mengikut angin sampai
Hujung cerita

Biar ku cuba mesra
Dengan watak ketua
Kamu dalam gelisah
Mengikut rentak dunia
Dalam dakapan

Dan sampai akhir semua
Tetap ku rasa cinta
Biar awalnya duka
Dengan kisah yang sama

Ku janji akhir
Engkau bahgia
Dengan suria bersama
Kau sebut jumlahnya
Aku sedia
Kerna setia pungguk
Pada bulannya

Duka


kata yang menghidup airmata bukan lagi kata tinggal,
                      tapi kata yang menggambarkan kesedihan kau kini

benar menyakitkan
kerana senyum ku tanam
tidak tumbuh bersama hatimu
yang bangkit setelah gugur di jalanan.

Friday, April 12, 2013

Ulang


Sekali lagi
bintang itu menarik perhatian
memang cantik seakan bersinar khas 
walau dulu bintang yang wujud
meletus jadi lohong hitam
menarik manis senyum
kitar suka itu berterusan
selagi bintang itu di langit
berulang setiap pandang
Sekali lagi