rebahnya si gadis
dalam persis khayalan semata
menikmati rakusnya dunia
melepasi kewujudan suatu garis
sana indah
situ indah
segalanya ada dalam genggaman
tapi lagaknya seperti virus
menyeret luka sedalam tak ku sangka
dunia esok
pahitnya manis baru terasa
lukanya bahagia diri menikmati
syurga esok lebih sempurna
jangan dicari sekarang
kerana syurganya hitam di telapak kaki
apa kisahmu?
5 comments:
bhsa mu terlalu tnggi untk aku sngkap
aku pernah melaluinya sebagai seorang budak lelaki yang agak nakal.kadang melampau kadang sederhana.
tapi pada kesudahannya,ianya bukan lah indah cuma nikmat yang hanya sampai ke dada.
NIKMATnya sedang sahaja. kosong tiada erti. hemm...termenung saja hendaknya.
bila nak up puisi beb..
haha sorry r terlewat. ada khayal, ada cerita.
eh, up maksud kau? puisi baru kan?
Post a Comment