Petik - petik kata berbuah barua
Petik - petik simpulan minda baru terbuka
Petik - petik hati?
Ragam - ragam kita |
Sejuk perutnya mungkin
Ceritanya
Mengangkat diri merebah bangsa
Mengelak maut menunggu mati
Memadam mereka yang menyayangi
Sejak pagi lagi
Kita lupa akan si tua berjasa
Janggut sengsara senyum sentiasa
Kita lupa semua
Apa berdiri bila akal tiada?
Hentikan dongengmu
Hiasi akhlakmu
Hormat mereka dan mereka
Hindar hurungan tepukan dia dan dia
Kerana mereka juga bebal sepertimu
Ingat
Jangan taksub pada sesuatu
Ingat di mana kakimu dan mana halamu
Singkap makna perjuanganmu
Pasti kau berjaya
Doaku.
*Salam Ramadhan. Cuba ubah ya apa yang kurang. Lebihkan usaha dari berkata tak guna apa. Kita semua hambaNYA sahaja. :)
maaf salah silap.
.
5 comments:
hentikan dongengan
bersihkan hati dengan keikhlasan
selamat beribadah dibulan puasa~
maaf juga :) selamat beramal
aku ingat
selalu ingat
akan ingat
siapa aku,di mana aku.
monolotism : Ya, usahanya akan ada.
nawal: aku juga. :)
ghostwriter: ada masa kita kena saling memperingati. moga2...
duduk bersila bertimpuh malu
secawan kopi secangkir gula
tetapkan hati asal perjuanganmu
aku kau kita sama
Post a Comment