Krukk....
Krukk.....
Lapar dalam segala bentuk terjemahan melibatkan fizikal, mental dah kerohanian yang disengajakan kosong di atas kealpaan diri sendiri yang tidak pernah mengenal langit dan merunduk ke bumi menyesal akan noda tercipta yang dizahirkan akibat kelemahan diri sendiri.
Lapar tanpa gigi
Lapar tanpa bestari
Lapar hanya di kaki
Mana perut kau?
kau sendiri tidak pernah sedar akan kehilangannya.
Kenyanglah kau di sana
Ya, kenyang dalam cerita mereka.
berdehem kosong.
kerana siapa tahu di mana angin ku simpan
dehemku bukan siapa - siapa
tertahan tinta tulisan terjadi
terjatuh titis si tragedi
Kita semua lapar.
5 comments:
ya.kita semua lapa.
nak puasa dah.
belajar tahan lapa.
aku lapar dan belum layak utk kenyang
Lebih elok mengisi kelaparan dalam definisi lainnya ye dak?
Ya, aku juga lapar. Aku masih tiada usaha mengisinya dengan sesuatu. Bodoh bukan?
selama ini kita sememangnya lapar dan dilaparkan.
Lapar dan tunggu untuk disuap.
dan terus disuap dengan kelaparan itu.
Post a Comment