Wednesday, July 27, 2011

Mahkota

Atap
Sepertinya penting dalam perlindungan
Dari bahang matahari sejuknya malam
Juga rintik basah kurniaanNYA
Selesa.

Si sindarella berjalan suka
Ya, cantik sekali
Lagak seorang puteri


Tup tap tup tap


Ke sana ke mari
Dibiar si homosapiens bertentang
Dengan mahkota kepalanya tidak dijaga

Kecil maknanya
Sehelai kain
Pelbagai nama, jenisnya
Tapi satu jatinya
Memelihara dirimu wanita


Senyum ku manis
Memandang matamu persis
Madu syurga
Dengan hijab antara kita
Yang kau angkat sebagai pemisah nafsu

Ya, bergelora aku di sini.
Itulah indahnya wanita.
Diberi indah dikejar sampah
Rambut berurai konon jelita
Cumanya apa?
Sampah.
Itu kataku.

Apa sukar jalan ke syurga?

6 comments:

ghost said...

ia cuma fesyen...siyes,sebab itu pemakaiannya sekarang banyak style.

Haikal Blank said...

dan aku rasa tugas si lelaki mengubahnya. ya, tugas lelaki peneman hidup ke syurga.

lihat diri, tanya. hurrmm...

NY said...

ya, jangankan lelaki yang marahkan si gadis kerana berhijab?
pelik.

trend muslimah sekarang.
bertudungpun tak dilabuhkan.
aduh, katanya takut hipokrit.

aish, pelik.

monologtinism said...

menutup itu lebih menawan.
indah.

kebanyakan sekarang bukanlah menutup tetapi membungkus aurat.
sangat rugi kalaulah mereka mengetahui

Hanjila S said...

menghalang trend dan fesyen bertudung mmg sukar, sbb tu jalan ke syurga lg sukar...

Haikal Blank said...

muna, yang itu amat pelik. ada saja ketidakpuashatian tetapi tiada pula usaha ke arah kebaikan?

Pengkritik tegar mungkin.



Monologtism, ya, aku suka penggunaan 'bungkus' itu. haha


Hanjila Aigiarn, itu namanya dogma menghadap Illahi.warghh, payah.