antara Aku dan kau Sayangku
kita bersebelahan
tapi tidak sehaluan
kau dibayangi si Lelaki itu
di hujung kanan itu
kenapa?
kerana di antara kita ada liku
kerana di bawah kita ada Z sebagai penyambung
kerana kita di atas satu papan dunia
yang menampung cerita dari A sehingga Z
Likunya banyak berterabur di atas papan itu
tapi dicipta untuk memudahkan
QWERT
ASDFG
ZXCVB
kirinya
dan
YUIOP
HJKL
BNM
di kanannya
siapa mengawalnya?
ini semua cerita kita.
kisah cinta kita
kisah cinta dua dunia
bersebelahan tapi berjauhan
Kita semua sama bukan?
3 comments:
hampir sama kalau kita masih dalam agenda manusia.
kita sering berlari dalam garis normal manusia.
tak sama
Post a Comment