kenangan itu hening
dibawa angin lalu dalam suara merdu
membawa aku ke alam rindu
yang menyeksa
menenggelamkan kisah indah putus sedalamnya
bukan mahu aku melepaskanmu
bukan mahu aku melontar kesat
bukan mahu aku menghindar restu
dalam putar cerita ligat
yang tercipta antara kita
istana baru terdetik
ku biar renyai merintik
dalam basah aku menunggu
apa mungkin ada penggantimu?
6 comments:
intaian masa lalu.
terkenang cumanya. huh
jangan dirisaukan.
tetap ada.
kalau kau setia menanti, itu tidak menyiksakan..
tapi kalau kau dah tak mahu menanti, itulah kerana ia menyiksakan..
pengganti itu akan terus ada. itu aku yakin.
bila keliru, itu lebih menyeksakan. tersekat di antaranya.
bukan mahu aku melepaskanmu
bukan mahu aku melontar kesat
i love this part.
mendalam :)
Post a Comment