Kebahagiaan ini bukan milikku
Keindahan ini sisa untukku
Sebagai watak sokongan
Yang muncul dalam angan - angan
Yang meringkuk di dasar hati
Tinggalnya aku sendiri
Bukan aku tega menyerah
Tapi perlunya aku mengalah
Tanpa juang
Dalam mengharap mimpi yang panjang
Kelam dalam gelisah sang puteri
Yang masih mencari
Syukur itu ada
Merasa bahagia dan derita
Simpul mati selamanya
Mahu ku amati bersamanya
Kerana cinta itu
Telah terbina sekian lama
Selama - lamanya.
5 comments:
kita memang sentiasa hidup dalam tinggalan kenang-kenangan. susah nak ubah.
pasti ada kebahagiaan lain yg menunggu..hanya perlukan waktu~
cuba lepas, ia masih kejar kan?
aaaha, lama2 ia akan behenti jugak.
kalau boleh nak lupus kenangan..
kenangan terindah ....peh.
Post a Comment