Suara - suara itu
Yang biasanya bingit menghimpit
Menggores perasaan itu.
Tiada lagi kelihatan
Jejak - jejak itu
Yang biasanya berlari sendiri
Menghilai kesedaran itu
Orang kata
Aku pekak telinganya
Aku buta matanya
Cuma lidah fungsi sempurna
Aku diamkan
Aku sedar aku pekak
Sedar juga aku buta
Cuma pekakku pada mata
Dan butaku pada telinga
Kerana itu juga mulutku bisu
Kerana hanya dia mengerti sakitnya aku.
9 comments:
pedulikan orang kata..
yang penting kita merasa.. =)
ada waktu2nya 'bisu' itu lebih baik buat kita~
x sume org akn pham kite =)
aku yang banyak faham orang adelah
rasanya kau patut ubatinya.
Semua sakit ada ubat kecuali mati.
aku bimbang jika ia betul-betul tidak kedengaran lagi.
bagaimana agaknya nanti
hargailah saat-saat bisu itu seenaknya, moga ia lebih mengerti kesakitan yang dialami.
biarkan saja mulut tempayan berbicara
biarkan....
kita jadi halimunan
Post a Comment