dua minit berlalu
dan suara itu masih seperti selalu
seperti hari - hari lepas
yang dalam kesedihan
ku lihat jam sekali lagi
lihatnya senyum kelmarin
terus dalam kenangan
ku harap tidak terbuang
hanya itu sumpahan kita
dan kau terus mati
untuk hidup kembali
di jalan yang engkau kehendaki
dalam hati
semoga jarak antara kita hanya dua minit
kerana nisbah tidak selalu perlahan
kadang nisbah menjangkau jutaan
semoga aku mampu menjadi aku
yang seperti engkau ketahui
aku bayang minit - menit.
5 comments:
kau adalah saatnya. :)
mungkin juga detiknya atau mungkin juga abad..
masa itu bergerak mengikut hati yang mengawalnya..
haru biru haru haru
moga panjang saat itu
untuk aku nikmati.
kalau diri itu saat,
maka hati itu detiknya
yang terus tidak putus melihat kiri dan kanan.
Post a Comment