Friday, April 20, 2012

Diari Abah


Juta jutaan menemani
Dari pagi ke malam
Dari dulu ke hari ini
Tapi nyata tetap suram

Juta jutaan nasib bersama
Dengus dalam satu nada
Dodoi dalam satu rasa
Jika hanya kasih itu berbalik

Kalau hanya kata mereka benar
Aku boleh bahagia sebahagia mereka
Aku boleh ketawa seiring mereka
Kecewanya pasti
Menghulur rindu tak bertepi

Pulanglah anakku
Abah merinduimu.


4 comments:

Wadi AR said...

balik tau

hanaahmad said...

kurang-kurangnya kirimkan rindu menerusi telefon bagi mereda kerisauan. :)

Nurarnida Sabrina said...

aku nak balik kedah!!!!!!!!!!!!

miranadia said...

nak balik penang........sobs