Mana mungkin aku gembira
Jika ku hulur senyum kau lengkungkan duka
Bersama pikir separuh sedar yang kau suka
Melewati tembok - tembok tiada.
Mana mungkin aku ketawa
Jika ku hulur salam engkau toleh menidakkannya
Bersama sifir sifat manusia yang tiada batas
Melewati sorga - sorga dunia.
Mana mungkin aku menangis
Kerana aku bukan lelaki yang menangis duka
Kerana aku bukan lelaki yang menangis kecewa
Mana mungkin aku bahagia.
Mana mungkin aku gembira.
5 comments:
Tak salah kalau lelaki menangis. Bukan berdosa pun.
yela tuuu Fel
menangis kerana apa?
kerana suka mungkin.
yela tu fel. *tiru ayat bukankosong*
Post a Comment