Aku rasa jauh dari segala
Seakan aku berada tinggi, kecil di atas
Hingga jari ini lebih besar dari usulku
Aku di ruang yang paling atas
Aku cuba mendekat,
Ingin mencari suatu yang ku kenal
Aku nampak kau di situ
Bahagia senyum, manis sekali
Oh, ia sementara saja
Semakin samar keberadaan dia
Dalam tebal kabus
Aku terapung sekali lagi
lebih jauh
Aku jauh dari sekalian manusia
Sampai aku lihat satu satunya
Aku terkejut
Semuanya songsang
Seakan graviti di bahagian atas kepalaku!
2 comments:
hebat!
ko masih ingat apa yg sedang berlaku semasa khayal. mmg otak ko berfungsi dgn jayanya
telor power: itulah powernya khayal.
Post a Comment