Aku raba leherku
Kerana panas yang ku rasa
Ditekan merih
“Nafas masih lancar”, fikirku
Bersama satu rasa tidak senang
Yang selalu saja ada.
Kalau diinjak sangkakala
Pastinya kemerahan leher ini
Bagai kalung dosa dahulu
Seharian aku buru
Sampai tembus
Seksanya dia dalam suka
“Dia tidak sedar”, fikirku
Hingga rasa tidak senang itu muncul
Baru kini saja ada.
Dalam yang benar aku
Aku tegur
Aku cuba nasihat aku
Aku tegur
Aku cuba bawa aku
Aku tegur
Aku hilang dalam bising aku
Cuma nantinya
Aku berpesan
Jangan. Heret. Aku.
5 comments:
terbabit, masih berkait walau tak diheret.. =)
Masih lagi dibelenggu.
dan bila tersedar sudah terlewat
Kubur masing masing
Jangan heret aku . sobs
Post a Comment