Selalu aku hidup
Dalam dakap bahagia
Senyum, selalu
Ketawa, sama - sama
Tenang, lenang
Dalam sisa persahabatan
Sedikit sedikit ditelan masa.
Dan kita semua hidup
Dalam dakap ketidakpuashatian
Terhadap dia dan mereka
Kerana perbezaan
Yang diwujud sendiri
Yang diadakan sendiri
Sebagai kalung pahlawan
Dalam jubah kebenaran
Melanggar batas hakikat makhluk.
Hidup ini indah
Kerana itu ia mengajar derita
Untuk kita belajar menghargainya.
Aku ingin bersahabat dengannya
Untuk cinta terhadap Pencipta.
2 comments:
Indahnya hidup boleh kita corakkan sendiri.
derita itu indah, kerna ia menghargai kebahagiaan.
Post a Comment