Satu langkah
Satu langkah
Langkah ketiga
Tanah menyembam muka
Satu - satu kesal melingkar rasa
Satu cemuhan
Satu cemuhan
Bebelan bibir
Dengan jari menuding ke sana ke mari
Satu - satu huruf di salahkan
Sudahlah luka
Dipatahkan sayapnya terus
Merajuk camar melihat perangai manusia
Teruslah hilang cemburunya pada kita
Kerana abiliti terbang kita yang sepatutnya lebih tinggi dari mereka
5 comments:
kuatkan semangat yer
mencari kesalahan itu perkara yang paling mudah.
Jom terbang tinggi, Blank. Jom.
kadang terlalu menyalahkan diri sendiri pun boleh jadi masalah. kena seimbang.
patut lah camar sudah tak pernah peduli tentang manusia.
Post a Comment