Kau tidak faham dan tidak akan faham.
Kerana aku adalah aku dalam duniaku.
Kau dalam dunia kau.
mungkin sedar.
mungkin tidak.
Mugkin hanya mungkin.
Siapa sangka?
Kalau si gagak bisa berkata - kata
bandinglah dengan si nuri
kerana si gagak tetap si gagak
tidak mungkin hebat seperti si kakak tua
walau dia lebih hebat berkata
kerana itu cerita dia
tiada siapa yang tahu.
Aku tetap sendiri.
Wednesday, May 25, 2011
Tuesday, May 10, 2011
Kita bangsa melayu
Senang kau kata melayu bangsamu
Tanpa penghayatan kosong hatimu
Dengan barat cara hidupmu, ia palsu
Sirna bangsa dalam jasadmu
Hilang pergi menjauhi hakikat asalmu
Perjuangan pejuang penuh lelah kau lupa
Tangis nenekmu melepaskan si pemegang syurga untuknya kau lupa
Kesucian melayu itu kau pijak tanpa sedar
Kau buang maruahmu sehebat kolot pemikiranmu
Kau pegang adat sampah yang sendiri kau cipta
Marilah bangsaku
Bangun, senyum, banggalah dengan bangsamu
Kita jaga tanah merdeka ini dengan kuasa maruah bangsa
Sehebat hang tuah menggenggam lautan Melaka
Belajarlah apa akar bangsamu
Hayatilah pucuk agamamu
Bangsa kita, tanah kita,
Kita rajanya
Saturday, April 30, 2011
PUAS
Puas.
apa puas berpura dalam cerita? Jika sekalian menipu sana sini menjaja cerita palsu tentang itu dan ini.
Adakah itu puas yang kau cari?
Puas.
Apa puas bermain kelibat zina? Jika mencaci itu namanya kepuasan,
Apa puas jika mereka mencela kau semula?
Puas.
Dengan kepuasan ranjang dengan bukan mahram. Jika itu kepuasan,
Apa ertinya neraka untukmu?
Apa neraka itu sinonim bahagia?
Puas.
Aku tidak pernah puas. Ya, aku tidak bersyukur kau kata.
Ada ke orang yang sudah berpuas hati dengan amalan mahmudah mereka?

Sunday, April 24, 2011
Hanya Kau
Siapa kata si hitam sunyi bibirnya?
apa ada beza hitam atau putih?
apa warna jadi sempadan?
atau kata jadi ukuran?
aku diam sendiri
apa separa itu cacat?
apa bulat itu sempurna?
apa rendah itu hina?
apa tinggi itu suci?
tertanya aku di sini
walau siapa aku
walau siapa kau
aku tetap percaya pada hati
kerana aku tahu kau ialah kau dalam hatiku
ingatlah,
IA HANYA KAU

Tuesday, April 19, 2011
Pangkat Palsu
Hasad, Benci, Bongkak.
Muncul bila sekali diberi kuasa
Ada apa dengan pangkat?
ada apa dengan nama?
kalau ada mazmumah dalam diri
diam, sunyi, sepi
mungkin lebih baik
dari menggondol dunia
dengan mencanang kedudukanmu
sekarang, semalam dan kelmarin
kerana apa?
Kerana esok kau tidak tahu di mana kau berpijak
kerana
di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung
kau sentiasa melihat kakimu
dan kau lupa menjeling siapa di langit itu
kau lupa siapa kau
ingat
pangkat dan kedudukan itu ciptaan manusia
ada apa untuk kau bangga?
kerana tidak semua mengiktirafnya
langsaikan tanggungjawabmu dan senyumlah
kerana ALLAH menyayangi orang yang bersyukur

Subscribe to:
Posts (Atom)