Tuesday, April 19, 2011

Pangkat Palsu

Hasad, Benci, Bongkak.
Muncul bila sekali diberi kuasa

Ada apa dengan pangkat?
ada apa dengan nama?
kalau ada mazmumah dalam diri

diam, sunyi, sepi
mungkin lebih baik
dari menggondol dunia
dengan mencanang kedudukanmu
sekarang, semalam dan kelmarin
kerana apa?
Kerana esok kau tidak tahu di mana kau berpijak

kerana
di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung
kau sentiasa melihat kakimu
dan kau lupa menjeling siapa di langit itu
kau lupa siapa kau

ingat
pangkat dan kedudukan itu ciptaan manusia
ada apa untuk kau bangga?
kerana tidak semua mengiktirafnya
langsaikan tanggungjawabmu dan senyumlah
kerana ALLAH menyayangi orang yang bersyukur

No comments: