Saturday, June 18, 2011

Kecewa si hamba

basah rasanya
bukan apa sedikit sahaja
mengalir lembut
kerana disangka indah akhirnya dusta
ditipu dalam samar bahagia
ya, aku ditipunya.

apa akhir aksara akan asmara?
atau hanya berakhir tangis si dara?
aku diam, menunduk padi

balik
pulang
kembali
itu kata keramat guruku
apabila sedar yang kita telah hilang
apabila sedar yang kita hanya seorang HAMBA.

Friday, June 17, 2011

Kayuh Ke Sana

Kalian semua bising!
Dalam buta pun hendak berkata
Dalam tidur pun bersuara
Dalam mimpi aku pun kau mencelah
Kalian memang bising!

rakit, rakit, rakit.
mendayung aku ke hulu mencari ketenangan
Kerana sunyi itu tiada di mana - mana.
bisingnya muara mengalir ke hulu
Apa benar kalau ianya songsang?

Kalau sakit jangan diaduh
Kalau derita jangan sengsara
Kalau hilang jangan dicari
Segala masalah terjadi jawapannya hanya satu

Pulanglah

Pulanglah kepadaNYA 

Wednesday, June 15, 2011

Celaka

tap tup tap
si merah itu berbunyi
aku hanya duduk di sisi melihat segalanya. Asap berkepul merosakkan diri sendiri. Hati berdetik,
Owh, indahnya dunia.
Tumit merah tajam 
pendek merah juga kainnya
ku amati sendiri

tap tup tap
berlalu sahaja di hadapanku
lenggoknya seperti nafas helang yang ku hisap kini
Owh, indahnya dunia
wangiannya harum menumbangkan haruman tembakau ku
ku amati sendiri

tap tup tap
jauh di hadapan 
aku menoleh ke sana pula
mencari si wanita celaka
sebagai pencuci mata

celakakah aku?

Tuesday, June 14, 2011

TER

Ter.
suku kata yang menggambarkan banyak makna
melankolik puisi hati boleh berdetap pantas
si jari boleh bergetar kelibatnya
si kaki boleh longlai hendaknya

Ter.
Boleh membunuh
Boleh dibunuh
Boleh kaya
Boleh Terkenal serta - merta

Terlanjur kata buruk padahnya
Terlanjur budi tergadai diri
Terjatuh hati gembira sekali
Sebelum terjatuh tertimpa tangga sendiri
Baru kenal langait di mana

Aku selalu ter
kamu juga ter
dia pasti ter

Apa ter itu satu tasik bidalan?

Thursday, June 9, 2011

suram

Kuning.
yang dulunya putih sudah kuning
dikata mereka kotor, tapi aku menidakkannya
sepi sendiri berlari mencari si panji bestari
kerana hanya aku yang menghayati
kehadiran kuning yang kau benci

Kuning.
Semuanya kelihatan kusam
kecuali pada mata yang dahaga
kehadiran warna lain sebagai corak dunia
kerana sifat manusia yang tidak pernah puas
menghayati keindahan yang disediakan kepada kita

Kuning.
Ianya sekadar kuning
apa ada beda kuning dan putih?
Yang pasti kita semua merah menyala
Kerana darah kita warisan kita
itu kataku.