yang dulunya putih sudah kuning
dikata mereka kotor, tapi aku menidakkannya
sepi sendiri berlari mencari si panji bestari
kerana hanya aku yang menghayati
kehadiran kuning yang kau benci
Kuning.
Semuanya kelihatan kusam
kecuali pada mata yang dahaga
kehadiran warna lain sebagai corak dunia
kerana sifat manusia yang tidak pernah puas
menghayati keindahan yang disediakan kepada kita
Kuning.
Ianya sekadar kuning
apa ada beda kuning dan putih?
Yang pasti kita semua merah menyala
Kerana darah kita warisan kita
itu kataku.
2 comments:
suka berpuisi?(^_^)
haha suka bermain kata. mendalami makna. keh3
Post a Comment