Kerana aku si pendamba setia
walau kau bebaskan aku dari jajahan kau
aku tetap terkongkong
dalam perasaan mainan sendiri
aku rela dagingku diambil kau
tiada sakit
kerana aku ikhlas merelakan
jangan lupakan aku
wahai si pencinta puitis
kerana aku tidak gagah sepertimu
kerana kudrat aku hanya untukmu
membuai cerita cinta bersamamu
melayan bayu malam bersama
kerana aku pencinta selalu
hanya untukmu
jangan lupakan aku
walau jasad ku tiada
ku mahu kau sedar kehadiranku selalu
kerana aku sentiasa menyebut wajahmu
dari kata - kata lakaran minda
aku sayangkanmu
No comments:
Post a Comment