Kau indah seperti mahumu
Aku gelap sejernihku
Kerana aku bayang
Yang terus menemanimu
Tanpa jemu
Ku mahu kau terang sebahagiamu
Kerana itu langitku
Tapi kadang hati mahu kontra
Biar mendung tercipta
Biar hujan menimpa
Kerana mungkin cuma
Bukti wujudnya sadar
Akan pentingnya bayang
Yang selalu gelap tanpa wajah
Selalu mengajuk menurut telunjuk.
7 comments:
atototo
bagaimana plak kemahuannya?
jika tiadanya cahya, manakan datang si bayang..
samar seperti kemahuanku.
bayang juga akan pergi meninggalkan diri..bila datangnya gelap
bayang yang terus aku kejar.
tanpa sedar matinya ia disitu.
ada orang kejar bayang, ada orang jadi bayang. bila malam, semua hilang.
dah tiba masa kenal tahajjud barangkali.
Post a Comment