Dalam dingin renyai hujan ini
Segalanya nampak kabur
Antara gelap dan terang
Bagai kabus melata
Aku kembali termenung
Fikir terus ke tua
Apa yang aku minta?
Apa yang aku mahu?
Dari apa hingga siapa
Masih tiada jawab
Memang aku terus berkhayal dalam sadar
Sepertinya hujan ini halus
Menegurku
Mengingatkanku
Saat dingin yang membahagia
Walau selalu sahaja terbeku sendiri.
7 comments:
hanya hujan kawan, belum salju.. =)
bertuah bukan ribut topan yang menegurmu dengan kasar
Ternyata hujan buat kau berfikir tentang apa yang akan mendatang.
salju dan taufan itu mungkin saja boleh membuatku terduduk dan berfikir,
"kenapa aku yang kena?"
Fel, bunyi dan bau dihasilkan hujan itu memang mengkhayalkan aku untuk melayang jauh dalam kotak pikir.
rasa bila diterjemah dalam kata,mmg indah...:)
emosi sukar diterjemah dalam kata. takut hilang warasnya.
hujan=tidur.
Post a Comment