selamat pagi.
hari ini tidak sama dengan hari hari lainnya
dikejut beberapa muka yang amat ku kenal
berkeliaran di keliling katil
bermacam reaksi, pelbagai persepsi
aku tenung tiap satunya
ada dari masa silam
ada juga dari masa hadapan
atau ini kacukan dari keduanya
baring aku beralas peluh sendiri
menidakkan bahgia mimpi aku semalam
aku tahu hari ini perlu aku tempuh, dengan berani
seperti esok itu khas tercipta untukku
No comments:
Post a Comment