Dia terbang,
Dari satu dinding ke dinding yang lain
Tiada jalan keluar
Terperangkap dalam ruang yang tiada penuh
Terselindung dalam bayang yang tiada lusuh
Terang di mata, tapi tidak di qalb-nya
Dia mati, lalu kepaknya terus terbang
Ke rangka tingkap usang,
Tiada cermin, lopong
Kerana cinta yang selalu berbohong
No comments:
Post a Comment