Tuesday, October 30, 2012

Jalan Kita


Jalan - jalan yang suram
Selalu sahaja diiringi bayang
Dari cahaya malap
Menenggelamkan manusia yang bermuram
Tersudut mengenang nasib
Yang tiada akhir

Lorong - lorong sempit
Sering sahaja dikunjungi takdir
Dari kehidupan silam
Menenggelamkan jalan luas
Yang membawa bahagia
Hingga ke akhir

Hati - hati junub
Selalu sahaja dirempuh dugaan
Dari noda kehidupan
Menenggelamkan hakikat cinta
Sekalian penghuni sorga
Yang mengetahui nikmat segala

Kita perlu menipu dunia
Sebelum dunia menipu kita
Tentang sorga yang ti-ada.

7 comments:

Telor Power said...

aku masih tak mengerti

hanaahmad said...

dunia sentiasa berdusta. dan kita juga sama.

Wadi AR said...

hidup didunia untuk kumpul saham diakhirat

broken_nigina said...

tengah2 antara syurga dan neraka,ada apa?

Sadd said...

aku pilih untuk berada di tengah tengah.

NY said...

yang indah di dunia mencerminkan tentang yang lebih indah di syurga.
yang buruk mencerminkan yang lebih buruk di neraka.

APi said...

di antara keduanya, masih ada yang menginginkan berada di tengah-tengah walhal ia bukanlah suatu pilihan..
kita sendiri yang tentukan samada adanya sorga dunia mahupun tidak, jua neraka..