kakiku tempang, capik
tapi inginku tinggi, melangit
kalau tidak dapat gunung, puncaknya
terima saja khabar, kakinya.
bagaimana pemandangannya?
bagus, indah sekali
apa seronok?
paling, tidak terungkap
apa puas?
seperti tidak mahu turun!
terima kasih, kau menggembirakanku
aku kemas kembali beg ku bawa
siap, lutut kurapat keduanya
aku diam di kaki gunung mengenang suara kau
"nanti kita naik sekali, ya!"
2 comments:
masih rasa bahagia dalam derita.
perlu bahgia, kerana masih berpeluang merasa derita.
punya sebab untuk terus hidup
Post a Comment