Sunday, June 8, 2014

Hari terindah untuk pergi

Jalan ini dirasa hampir ke hujungnya
Laluan yang mengenalkan aku pada kicau burung
Yang sedang bersenda, dengan angin - angin hidup

Mahu aku terbang sepertinya, singgah di tiap dahan ku suka
Tanpa gentar akan jatuh
Mencium bumi bersama hela akhirku

Perjalanan ini akan ku teruskan
Walau cuma sementara
Kerna ia menghidupkanku
Dalam mencari hari
Hari terindah untuk ku pergi

2 comments:

Anonymous said...

Semoga kau sentiasa gembira dengan apa yg kau lalui. Kerana untuk merasa sedih atau gembira adalah pilihan kita sendiri.

Haikal Blank said...

Sentiasa. moga pilihan aku itu sentiasa yang terbaik tidak kira sedih atau gembira.