Monday, June 20, 2011

Kawan Dan Dunia

sehingga ke telinga
lekuknya ke sana
terkambus dogma kecewa sebentar
kerana itu maknanya kawan
aku gembira

Teman di kiri kadang membaling kotor
Teman di kanan menghulur tangan
itu adat lumrah dunia
kerana si cacing juga berjasa
siapa sangka?

aku, kau dan dia
kita, mereka dan semua
sama
dalam cabaran dunia
meredah duka di hati
sambil kaki mengalas duri

sentiasa teguh selamat hendaknya
sekali retak, roboh ditanggung
apa itu kau mahu?
dalam belantara si anak kecil

Ya, kau anak kecil
Kerana salah betul kau keliru
dihitam kabur oleh nafsu
ingatlah
nafsu itu musuh yang tersembunyi

No comments: