Saturday, June 18, 2011

senggama dunia

Siapa di sini ada baju?
Siapa di sini ada seluar?
Siapa di sini ada pakaian?
sepi
tiada jawapan.

Manakan tidak, semua pekak
Ada yang mendengar tapi benak akalnya
Langsung tiada pikir
Tiada masalah
Kerana kulitnya untuk tatapan
Kerana jelingan itu panggilan ke syurga
Jelingan syaitan nafsu serakah

Aku diam
memerhati si hawa bersenggama
dengan duniawi populariti sengih sendiri

ya, aku hanya memerhati.
siapa kau mahu menghalangku?

Bulan bintang yang menjadi simbol cinta
Sekarang hanya saksi melihat dosa
kerana apa?
Kerana kita sentiasa lupa
aku juga

Senggama dunia
akhirat?
hanya cerita
katanya.

hemm...hemm...
desah itu berleluasa.

No comments: