Kerajaan itu memanggil
sayup bunyinya tapi ku tahu ia dia
Kerak ku kikis kelam kabut ku rasa
kerana ku tahu ia dia
aku diam
yang lepas ku hitam
yang kini ku kelam
kerak itu ku kikis semakin kelam jadinya
kerana tanganku kotor
lebih kotor dari siapa - siapa
Apa ertinya
apa ceritanya
Aku diam
mengenang titisan embun semalam
tegak, diam.
kaki bersimpuh.
aku diam
No comments:
Post a Comment