ada beberapa garis halus kelihatan di dahinya
menyambung titik - titik pada langit
yang sekian lama meneman hidupnya
juga jadi bayang saat tangisnya malam
dia itu angin yang meneman sebahgian sunyiku
juga tawa yang meneman senyumku
memainkan alun bahgia
pada hidup yang sengsara
pelbagai rahsia telah terungkai,
bermacam perkara sudah diusai
luka lama tinggal parut
air mata juga larut
pada gambar muda terselit pada buku lama
usang, dan penuh dengan habuk dosa
1 comment:
Yang ni aku suka
Post a Comment