Saturday, August 2, 2014

Selamat Ber I'dulfitri


Selamat hari raya aidilfitri

Maaf jika ada yang terluka kerana setiap lakuku, sebutku, jeritku atau ketidaksenangan sesiapa pada keberadaanku di dunia ini. Pada setiap dentam mercun dan percik bunga api ini, diharap senyum kamu kamu itu sentiasa ada. Selitkan doa pada manusia manusia tertindas dan menindas agar bumi ini kekal dingin hujannya menyubur pokok pokok seluas pandang. Bukan lagi hujan peluru dan segala gala yang panas tapi mendingin mangsa kaku kehilangan nyawa.

Dan kematian itu sentiasa menyedihkan. 

termenung sambil melayan rambutan
teringat kasih yang hilang ceritanya
ku sisip doa tanda ingatan
yang jauh tenang, selamat selamanya



No comments: