Sunday, January 30, 2011

apa mahumu cemas datang ke mari

keras hati tak terlawan egoku
sesak nafas tak terhela sepertimu
manis kata tak seindah dirimu
aku duduk sahaja begini.
tanpa senyum tanpa tawa.
bahagia kau di sana.

ini bukan cerita puitis
ini nukilan untuk diri
ini tulisan khayalan semata.

senyum ku ikhlas semata.
tangis kau jujur selalu
aku pilu
sedih merayu 
tanpa siapa tahu
dalam senyum aku ketawa
dalam ketawa aku suka
sukakan siapa sahaja
aku bukan bodoh, kejam seperti yg lain.
aku adalah aku
cerita mereka tentang aku berat sebelah.
mereka tidak kenal diri ini. hati ini
kau fikirlah sendiri.






Friday, January 28, 2011

101 untuk SATU

Aku lihat layu dalam Melayu
Aku pasti bukan aku seorang saja yang nampak
Ada juga bercadang bertanya tuan punya
Tapi bercampur risau dengan tak tergamak
Nanti dikata tak bersyukur, dikata tak sedar diri
Jadi aku menyendiri, memerhati dan akhirnya mengakui
Yang kita sendiri
Membiarkan bunga raya melayu ke kanan
Dan dibiar bunga tak cantik mekar di kiri

Aku lihat layu dalam Melayu
Tanah air kita yang punya
Kita siram, kita baja tapi angin api kita lupa
Mereka merancang masa menjilat bangsa

13 harimau bertukar menjadi mangsa
Kita lupa nenek moyang kaya-raya
Jangan sekali-kali digadai harta-bendanya

Ku lihat layu dalam Melayu
Ku lihat layu dalam Melayu
Ku lihat layu dalam Melayu

Takkan Melayu hilang di dunia
Ya... tapi apa guna tak hilang di dunia
Kalau kewujudan tidak dirasa
Petah berbahasa kudrat tak berjasa
Orang berbudi kita hanya tahu merasa
Selalu lari bila dirapat
Selalu malu bila soalan diaju
Selalu segan memberi pendapat
Rela mengikut dari meneraju
Belum nyanyi sudah bersorak
Suka berjanji dalam borak
Bukan kata tak ada otak
Cuma tak berfikir di luar kotak

Ku lihat layu dalam Melayu
Ku lihat layu dalam Melayu
Ku lihat layu dalam Melayu

Aku jadi sayu
Bunga menangis dia mendayu
Mahu jadi cantik tetapi ragu
Aku merayu
Bangunlah semula hidup kembali
Jangan tunggu matahari mati
Cepatlah mekar sebelum terlerai

Perjuangan kita belum selesai

credit to : MaLiQue - Layu

Wednesday, January 26, 2011

coret-corat

kau dekat bagiku
ku diam bukan kerana bisu
ku kaku bukan tanpa sembilu
pedih itu selalu
bukan palsu
ia datang selalu.


cerita aku tiada akhir
kau pergi, siapa tahu
aku diam, terus keliru.


kau tembak hatiku dahulu
aku tadah dengan malu
senyap, memang senyap.
aku tahan cintaku
walau bukan untukmu
ruang itu tetap ku cipta.
ia hanya takdir semata.


mkilah aku semahumu.
ku insan biasa tanpa apa
pergi berlalu tanpa siapa.
maaf

Tuesday, January 18, 2011

Kita melayu

Senang kau kata melayu bangsamu
Tanpa penghayatan kosong hatimu
Dengan barat cara hidupmu, ia palsu bagiku
Sirna bangsamu dalam jasadmu
Hilang pergi menjauhi hakikat asalmu

Perjuangan pejuang penuh lelah kau lupa
Tangis nenekmu melepaskan si pemegang syurga untuknya kau lupa
Kesucian melayu itu kau pijak tanpa sedar
Kau buang maruahmu sehebat daya pemikiranmu
Kau pegang adat sampah yang sendiri kau cipta

Marilah bangsaku
Bangun, senyum, banggalah dengan bangsamu
Kita jaga tanah merdeka ini dengan kuasa maruah bangsa
Sehebat hang tuah di lautan
Belajarlah apa akar bangsamu
Hayatilah pucuk agamamu
Bangsa kita, tanah kita,
Kita rajanya

Penipu, melayu dan kita

Apa yang kau laung?
Cerita kosong penuh api mencari si bodoh akal
kau tipu si muda cetek kepalanya
Demi kuasa dunia politik palsu kau
Kau penipu penyangak perampas maruah bangsaku
Kau si pembangkang kolot yang hanya mahukan kmajuan dunia

Sejarah itu tanda kewujudan kita
Melayu bangsaku penjaga bumi bertuah ini
Banggalah dengan bangsamu tingkatkan ilmumu
Lempar anasir celaka ajukan kamu dari neraka barat
Bersatu bersama berjalan membina empayar impian moyang kita
Tanpa ragu, tanpa lelah
Menjauh dari dunia dicipta mereka si penipu
Penipu bangsa maju kononnya
Maju dosa dipijak syurga

Dengarlah
Ubahlah dirimu
Lari dari idealisme penipuan pemimpin buta
Tamadun kita, bangsa kita
Kita rajanya


Thursday, January 13, 2011

Terima Kasih

" jika hatimu terpaut pd seseorang, jgn ditunjuk @ diluahkan andai belum tiba masanya lagi, tahanlah dulu perasaanmu itu, ALLAH faham apa yg kau rasa kerana DIA yg mengurniakan perasaan itu, jika kau bersabar pasti DIA akan membalasnya dgn sesuatu yg lebih manis, jagalah hatimu drpd terus hanyut oleh angan dunia, mengadulah pada ALLAH andai rasa diri hampir kalah, insyaALLAH DIA pasti ada di sisi utk membantumu :)) "

Jangan kau Lupa

dia menyanyi lagi
lagu indah puitis penegak bangsa kononnya
benar sungguh dia pendusta
berkata akan ku bina segala
tapi untung dunia dia terima semahunya


namamu melayu di kertas itu
kamu kata melayu itu hakikatmu
tapi belit lidahmu dapat ku baca
gerak gerimu dapat ku terjemah
bukan dengan mata, tapi seluruh jasadku mengiakannya


sedarlah semua
jangan kamu jadi pembelot bangsa
penggadai maruah keluarga kita
jangan kamu hanya berkata tanpa apa
bersamalah kita semua
bangkitkan jiwamu,
tanamkan azam mu
cintai bangsamu
bangsaku
bangsakita
tamadun ini kita bina


aku melayu
katakannya...

Tuesday, January 11, 2011

Maha Agung


Hitam, gelap, tiada serinya
Inilah malam, inilah siangku
Apa erti cahaya jika pintu itu ku tutup serapatnya
Pintu di dada membawa bekalan kononnya tetapi, apa yang ada?
Tolonglah tuhan, terangkan hatiku

Apa ada keinsafan di dalam jasad ini?
Andai kaki masih beku didalam api
Api noda ajakan si gagak neraka
Mainan dari diri sang duniawi sejati
Tolonglah tuhan, sedarkan aku

Sedar sekali selalu terjadi
Sedar selamanya berubah pasti
ku berdoa ku kan setia
di atas jalanMu wahai Tuhanku
engkau yang satu, engkau yang Maha Agung

Thursday, January 6, 2011

titian ia

Benar indah
Dunia yang kau kejar, yang kau tuju
Dunia penuh harapan tanpa ada jaminan
Dunia palsu putihnya benar hitamnya
Dunia noda yang kau sangka permata

Aku nampak apa yang kau fikir
Yakin yang amat ada lagi sang pemikir
Yang sama minda akalnya mencari kebenaran
Kebenaran hakiki duniawi ukhrawi
Kebenaran cinta dalam sebuah dunia

Aku masih mencari
Kenapa?
Kerana ini dunia teknologi
Ilmu abadi sukar dicari
Ilmu irama ilham lagu dunia
Menutup kebenaran wujudnya abadi

Apa kau pernah fikir akan akhirnya?
Ke neraka seksa atau keselesaan sempurna?
Tanyalah diri, apa mahumu
Tepuk dada, tanya selera
Ku yakin syurga pasti dipinta.

Ubah
Berubahlah
Bersama kita berubah
Dalam perubahan, kita belajar
hukum Allah, dunia mahupun alam kita satukan
dalam mengenal siapa diri, siapa hamba, siapa Tuanmu
kerana cinta pada-Nya membawa erti cinta sebenar - benarnya

Dunia Kita

kronologi dunia
ya, kita masih muda
jauh lagi masa tanah akan menimpa
kata kau
jauh lagi masa kau wajib dimandikan
kata kau
tapi apa benar itu panjang tali dunia kau?
apa benar kau ada masa gembira tak terhingga?
fikirlah

kronologi dunia
ya, tuamu jauh tak terlihat
tapi ajalmu? kau juga terdiam
kaku membisu seribu makna
kau setuju bukan?
intelektual teknologi membutakan mata
memekakkan telinga
yang ada hanya seribu kata tanpa apa
tanpa ada isi keramat yang menjamin ke syurga
sedarlah