Friday, December 27, 2013

Punai


Pernah aku bertanya pada burung,
Bagaimana mereka terbang
Mereka senyum, seakan memerli
"Kerana ku lahir begini" katanya

Sama,
Kalau kau bertanya
Kenapa aku selalu ada.

Keringat


Kadang, lebih elok buta
agar rupa tinggal rupa
tidak lagi jadi ukuran
untuk dinilai
tuhan dari kalangan manusia

Kadang, lebih baik celik
agar hati tinggal hati
tidak lagi resah tinggal
untuk dinilai
tuhan dari kalangan manusia

aku berpeluh
melihat diri sendiri

Thursday, December 26, 2013

Manis


Sesudah subuh, dengan kokok ayam menyadarkan aku hari akan kembali siang. Dari tadi gelap menggigil biasanya mengundang lena, tetapi bukan hari ini. Pelbagai pikir menggangguku, sampai jam berputar lebih laju dari biasa. Masih terjaga. Aku nyalakan sebatang rokok tiruan, menyesakkan paru paru hingga dia mengadu. Aku dengarkan sambil menutup telinga.

Mereka kata aku akan gagal, kebiasaannya begitu. Aku pekakkan kerana aku percaya kata hati aku. Biar apa mereka mahu, yang tahunya hanya aku. Aku tentukan perlu atau tidak. Mereka hanya tahu tentukan boleh atau tidak.

Kalau punya bulan,
aku tidak akan minta bintang,
kerana aku tahu sudah cukup
selagi aku mataharinya.

Mereka kata kau cantik,
kerana kau menerang malam
dari hilang matari, tugas berganti dengan romantis
ya, indah.

Saat aku terlindung,
aku tahu kau terus membantu
dari purnama hingga putus sementara
aku tahu, kau akan terus tiba
sampai kita bertentang yang jarang tiba

matahari sudah jatuh hati,
bukan kerana cantik si bulan
tapi kerana dia tahu,
dia diperlukan
saat malam menelan nyawa
matahari panas sejuk jadinya

Ini bukti matari hidup
bukan dalam pandangan malam
tapi sentiasa di hati bulan
ya, sudah cukup indah

Wednesday, December 25, 2013

kita?

aku, kau suka suka hati
senang senang tiada pandang
borak borak panjang ketawa riang
sampai tiada tiada keruan

aku, kau duka duka jadian
dari malam malam yang selalu lantang
menduga siang siang yang sedang bermimpi
tidurlah sayang sayang ku jaga

aku, kau bermenung menung panjang
keliru saat saat nanti
entah ada adanya tidak
menguji hati hati berdua

benar aku aku mahu benar
tidak kamu kamu mahu tidak

aku aku dan kamu
malam mengejek kita lagi.

Tuesday, December 17, 2013

Anak Muda

Suara anak muda
Yang sering disalah erti
Kerana sering menyalahi
Kebiasaan yang sudah sebati
Sarat lengas hati disakiti keluar di mata
merestui pengkhianatan yang dirancang

Sarapan itu dibiar sejuk
Dipandang cuma tidak dihadap
Termenung, dengan berteman lapar semalam
Tidak apa anak muda
Ini permulaan sebuah perjuangan

Dengar pekik sepurnama
Dijuang entah bila akhir
Sampai ajal bertentang wajah
Pekik sekali lagi dari jauh
Sebelum sunyi menjemput mimpi.

Saturday, December 14, 2013

Rumit


Ia terlalu rumit
Datang dari pikir yang panjang
Mungkin sudah terlalu

Betul,
Sederhana itu lebih baik.

Sunday, December 8, 2013

Yang Terpilih


Satu hari nanti
Ingin ku lihat kau di kamar
Dengan senyuman
Hingga separuh sayap di tingkap
Tidak lagi menduga jiwa yang parah

Aku mahu peluk satu jiwamu
Untuk ku biar
Ia bercumbu dengan jiwaku
Dalam senyum masing - masing
Bertentang rupa
Yang kekal tiada wajah

Cuma ada cerita tentang kita



Friday, November 29, 2013

Buat mereka yang satu


Buat teman,
Yang selalu meneman suka
Mengundang ketawa dengan hanya bicara sugul
Selalu berdepan, dekat
Bagai bayang yang tiada rupa

Buat rindu,
Yang selalu mencemburui
Sentiasa saja mengingatkanku pada yang kurang
Pada yang hilang, lusuh
Membasuh hilang peri sisa indah
Meninggal gundah, jadi racun di hati

Buat kasih,
Yang selalu mengajarku,
Dari Aa,

Be,

Ce,

terus saja hilang
mana huruf ta?
bagaimana mengeja 'dalam'?

hari bulan berlalu,
gerhana itu kutemui lagi.
siapa gerangan yang menutup matahariku?

Saturday, November 9, 2013

Peduli


Aku rasa aku suka matahari. Ia panas, buat aku takut untuk mendekat. Kalau dia yang mendekatku, aku tahu aku tetap suka. Biarlah panas, biarlah semua manusia lain mengeluh. Aku suka, dan aku akan menikmati peluh - peluh keluar sepanjang ia mendekat.

Nyata, aku sudah mula suka matahari.

Wednesday, November 6, 2013

Jerih


Kadang

Ia lebih baik
berguling daki
berpakai tanah, lecak
bernafaskan debu sesak, menyekat
untuk segelas air kosong


Sunday, November 3, 2013

Kitar


Seringkali kita bersenda tentang kesejukan,
kau mengadu dingin,
membuat tulang itu selalu dekat dengan kulit,
sampai aku memeluk,
semua hujan dari tempias ke pipi,
biar saja lengkung itu kekal menghiburku

Kau kata kau jatuh,
aku menidakkan sepenuh hati,
"tenanglah sayang, mana mungkin"
kerna lagak aku itu akar,
mengukuh kamu di tanah

Kalau kau jatuh, lalu apa yang ku papah?

purnama sudah bosan melihatku,
dekad separuh mendekat,
aku jauh melihat
dahan semakin rendang, akar semakin menebal
giat tanah memujukku,
tenanglah, kau punya lagi waktu
sebelum kembali ke asalmu.

Wednesday, October 30, 2013

Sekejap cuma


Biarpun hanya seketika
pelukan mesra Cannelita
juga kucupan Carmela
sudah cukup untuk aku terbang
menikmati harumannya, kutukannya.

sedang aku menikmati perlahan,
sedang awan meredupi
aku baring
tanpa alas
hangat dinginnya embun

ah, awannya sudah pergi
ditenung matahari buat aku gelisah
sudah masa aku pulang, tinggalkan taman
sampai masa lapang,
aku singgah lagi
bersama payung merah
tidak besar seperti yang lain
cukuplah memayungi aku dan sekuntum bunganya

Saturday, October 19, 2013

mimpi


Datang dan pergi
datang dan pergi
datang dan mati

usai sudah usia ini
mimpi untuk terus bermimpi

Wednesday, October 16, 2013

Lagi?


punya bintang,
bulan,
matahari,
tumbuhan,
hewan,
kawan

punya gembira,
duka,
suka,
marah,
rindu,
cemburu

cinta

Masih,
di mana Tuhan?

Sunday, October 13, 2013

Jernih


sukanya malam pada aku,
memberi memori yang hilang, 
basah,
dingin,
sebelum lenaku.

sukanya aku pada malam,
memberi rintih yang datang,
basah,
panas,
dalam lenaku.

sukanya aku,
bila matahari tiba,
memberi hangat sebenar,
terus pada pipiku
mengering hangat semalam.

Friday, October 4, 2013

Sandar


lemah - lemah kamu,
kucar - kacir kamu,
sedu - sedan kamu
tidak pernah merengsa hati
tidak pernah men-duka diri

ia jadi satu punca,
untuk aku jadi dahannya,
memegang manis buahnya,
dalam hadir senyum yang panjang

Thursday, October 3, 2013

Dalam Girang


Tak pernah keluar
Dari pagi hingga senja
Dari benih hingga berdahan
Dari hidup hingga dihidup

Sampai nanti mati
Ajal tidak menemuiku
Kerana sesat dalam rindu
Terduduk, tidak berlidah

Tuesday, October 1, 2013

Cantik


Kau cantik,
Dari pembuluh darahmu
yang menyelinap satu satu organ
menghidup sistem menggerak tubuh

semuanya berfungsi
dalam satu kemusykilan
indahnya kau,
detapnya di aku.

Kau cantik
Dalam hati kau
Yang selalu ada denganku



Monday, September 30, 2013

Pejantan


Sukar,
Kerana aku bukan burung
Walau aku boleh diterbangkan

Boleh beri sedikit pelepah kau?
Agar ada berani
Agar ada solusi

Tentang terbang kita
yang ku tentang
dalam takut yang panjang

Saturday, September 28, 2013

Sepatu

Sepatu kaca, kecil molek
Di tengah taman, indah cantek
Tiada bersahut, bertuan
Dilihat hampa, tidak berteman

Aku duduk di tepinya,
Menanti gerangan pemiliknya
Sekadar meneman, si rapuh bersendiri

tik tik tik

renyai,
kuyup jarak masa berlalu
masih sepi

tik tik tik

masa berputar
sedang aku masih, duduk berteman kaca
lebih kuyup dari zahirnya

satu tubuh melintas, dalam gerimis yang sama
memegang kasut hitam, seiras pakaiku
kabur, dari jauh.

ku hela nafas panjang
setelah sedar,
kakiku beralas rumput, dari taman kekesalan.

Friday, September 27, 2013

Umat Yang Terperangkap


Lagak menteri mengayuh sepeda
Kita kecil pada lidi - lidinya,
Kita pusing,
Taufan kita bolos, ribut tidak kita endah
Kita pusing
kita pusing

Sedang  itu pak menteri duduk, tersenyum ke depan.

Monday, September 23, 2013

Basi


Harusnya aku tenang,
tidak mundar - mandir begini
depan ke belakang,
semula ke depan tanpa sedar

Cari apa?

Cari wang.

Untuk apa?

Kan mahu inflasi.



Sunday, September 22, 2013

Lain


Dihina, diherdik
Hanya kerna aku berbual dengan ayam
Hanya kerna aku berbual dengan kucing
Dengan pokok manggis, jambu, mempelam

Dia tidak sadar,
Aku tidak mati
Dalam gembira palsu 
Dengan dia, kau
Berbual tentang dia, dia dan dia

Bergembiralah aku
dengan alam
yang tidak pernah mengkhianatiku

Saturday, September 21, 2013

Kaca


prang!
Berderai kaca dimuka
Berdarah di dada
Sakitnya sekali, tiada pergi
Sehingga mati

Jernihnya kaca, menyelusup hati
Setelah kau pergi
Mendekati
Dengan desah di bibir

Kaca itu mengalir lagi,
Menerobos pipi usang
Dari hari aku bersendiri.

Tuesday, September 17, 2013

Sama Serupa


Hari ini penuh kebiasaan. Seperti hari - hari semalam, mendongak ke langit meminta bermacam bagai dengan resah dalam keadaan compang camping.

Hari semalam akan menghantui hari esok, kalau hari ini sama dengan kelmarin.

Bukan


Dan aku masih keliru
Akan manusia yang bilang cinta
Terus terus mengadu tidak bahagia
Seperti malam
Mengadu ke matahari,

Kenapa kau tidak menemaniku tadi?

Monday, September 16, 2013

Hati


Pada sofia
Aku sebut kata – kata cinta
Bernada aneh tiada irama
Beralun jernih tiada bunga
Bersoal sepi tiada jawabnya

Pada sofhia
Aku terima kata – kata cinta
Bernada ikhlas tiada cela
Beralun ringkas dalam lagunya
Bersoal sepi tiada jawabnya

Yakinlah aku jendela itu usang
Mencela yang hanya memandang
Mengusir yang ingin mendekat
Mengadu angin tidak meniup

Mati, lemas dalam peluh sendiri.

Sunday, September 15, 2013

Semalam 2


Sakit                              DUKA!
Antara hati dan realiti
Ribut di hati tanpa fungus di hidung, tidurnya lena!
Resah di hati tanpa tempang di kaki, laju berlari!
Runut sosial sentiasa menemani
Menghibur sepi

Sepertinya kita duka
Mengadu sakitnya dunia
Seperti matahari terbit ke timur

Bersabarlah sayang,
Luka ini tidak lama,
Hanya menunggu kau celik menyengkang mata
Sadar betapa indahnya dunia

Huh,

Realiti dan mimpi seakan sama
Mentertawa cerita kita.

Friday, September 13, 2013

Semalam


Seperti mentari,
Bidadari mengejutku di kamar
Agar aku bangkit dari lena
Ku lihat sarapku tersedia
Bersama teh panas kesukaanku

Sedarlah aku sesuatu,
Bahwa semalam aku lemah,
Hilang, lenyap dari realiti,
Menang cuma dalam mimpi,
Yang akhirnya lenyap, sendiri.

Yang ku perlu hanya bangun,
Sambil pagi menyapa,
Membiar gelap hanya pada bayang,
Sujud di kaki semula

Aku rajanya aku

Saturday, September 7, 2013

Bukan Aku


Segalanya hanya bicara
Penuh janji akan usaha
Nikmat si pari kayangan
Dinoda serakah diri sendiri
Tewas


Pernah ditegur
Jangan didekat sayang
Dipatuk nanti tersembam sendiri
Bagaimana aku mahu tolong lagi?
Kalau bisa didamba sendiri


Tangan dirapat dekat ke dagu
Diminta bunga mekar tiada
Dicari teduh redanya tiada
Tinggal lah sendiri menghitung nasib
Apa khabar?
Aku sudah bukan aku.

Jaguh


Pantang murung dalam syurga
Jangan kau hembus raksasa binasa
Panjang merenung seraya noda
Jilat segala ludah durjana
Perlihat! perlihat!

Lenggok manusia membuta
Janji sumpah menjadi kusta
Mampus dalam kuasa
Kering dalam amalnya
Perlihat! perlihat!

kraaakkkk....

Friday, July 19, 2013

Sempurna


"Yang baik tu lah bagus kan"

Dengan senyum tiada akhir
Untuk aku yang sedang cuba kenal untung
Buatku termenung
Hampir saja bumi jalan sematahari

Ingin cuba aku memetik bintang
Tapi tangan cuma sejengkal
Ya,
Aku tahu hanya Tuhan mampu
Sedang aku makin jauh dariNya

Biarlah bu
Anakmu kenal mati
Sebelum Tuhan menjemputnya kembali.

Thursday, July 18, 2013

Rantaian


Seutas rantai
Terbang mencium satu - satu dari kita
Ada saja tersadung
Jatuh ke lantai dingin

Seutas rantai
Selalu saja dekat dengan kita
Ada saja tertipu
Jatuh kerana palsunya

Seutas rantai
Selalu saja disimpan kita
Ada saja hasad
Muncul kerana bebalnya


Friday, July 12, 2013

Masalah

Kusam
Penuh dengan duganya
Tiada terkira katanya
Cari jalan keluar

Ditunjuk langit masam
Dihulur bintang pahit

Susah 
Kerana senyummu itu rugi
Jika ia hilang sehari
Menjengkel yang sedia di hati.

Saturday, June 15, 2013

Akhir


Tidak tahu apa ingin dirasa
Sakitnya tidak
Kecewa juga bukan
Sedih hanya mungkin
Suka pasti tiada

Kala semuanya sudah berakhir
Aku tahu ada hidup baru bermula
Rancangan ini dari Tuhan untuk kita
Bukan dari - tuhan dari kita


Thursday, May 30, 2013

Impian 2


Ia satu keinginan. Boleh jadi ingin memiliki atau dimiliki, tanpa batas. Semuanya di terapung di antara logik dan yang tidak diterima akal. Diusap muka dengan kedua tangan, sehingga tembus ke belakang kepala sampai kenal bodohnya akal.

ah, sudah. impian itu tidak salah juga tidak akan benar kalau bodohnya kekal.

Friday, May 10, 2013

Impian 1


Impian
boleh menjadi mangkin kejayaan, juga sebab untuk dikerumuni kedukaan. Ia boleh jadi sebuah karutan sehingga akal ketawa mendengarnya. Lebih dari batas yang pernah terlintas. Seperti kelkatu yang lagaknya seperti pari - pari penuh cahaya hingga akhir dimakan batas diri sendiri.


Sunday, May 5, 2013

Barisan Rakyat



getir sudah reda
tanpa major redha
janji teluslah ditepati
kerna harus tiada lagi
semoga bukan sekadar cemerlang merai
tapi gemilang berdiri
tanpa kotor yang tidak terbilang

Monday, April 29, 2013

Bodoh pandai


Yang pandai biasanya bodoh
kerana membodohkan mereka yang sedang belajar
sehingga lebih bodoh dari kebodohan dibodohkan

Yang pandai biasanya bodoh
kerana rasa pandai
sehingga bodoh dikata pandai

Yang pandai biasanya bodoh
kerana tidak tahu nipisnya beza antara bodoh dan pandai
jika tiada cerdik

Yang pandai biasanya bodoh
kerana lahirnya sombong
sehingga jadi tuhan dalam semua perkara

Bodoh itu bagus
jika punya sadar
Pandai itu celaka
jika tiada sadar

usaha bertepuk tangan menggendong harta

Monday, April 22, 2013

Takut


Biarkan saja kita     hilang
Lepaskan saja semua     girang
Kalau itu mampu sempurnakanmu
Terus menyempurnakanku
Sambil
Mengemam perit esok
Tanpa sumber bahgiaku

yang terlalu sempurna



Saturday, April 13, 2013

Senyum dari mata


Beri pelangi indah
Dalam senyuman mesra
Kamu dalam khabar
Mengikut angin sampai
Hujung cerita

Biar ku cuba mesra
Dengan watak ketua
Kamu dalam gelisah
Mengikut rentak dunia
Dalam dakapan

Dan sampai akhir semua
Tetap ku rasa cinta
Biar awalnya duka
Dengan kisah yang sama

Ku janji akhir
Engkau bahgia
Dengan suria bersama
Kau sebut jumlahnya
Aku sedia
Kerna setia pungguk
Pada bulannya

Duka


kata yang menghidup airmata bukan lagi kata tinggal,
                      tapi kata yang menggambarkan kesedihan kau kini

benar menyakitkan
kerana senyum ku tanam
tidak tumbuh bersama hatimu
yang bangkit setelah gugur di jalanan.

Friday, April 12, 2013

Ulang


Sekali lagi
bintang itu menarik perhatian
memang cantik seakan bersinar khas 
walau dulu bintang yang wujud
meletus jadi lohong hitam
menarik manis senyum
kitar suka itu berterusan
selagi bintang itu di langit
berulang setiap pandang
Sekali lagi

Punya aku


Duduk
tunduk
esak
esak
esak
buat aku teringin mendekat
perlahan aku ke sana
tap                   sobs
tap                    sobs
tap                      emm
dehem                   ya?
tenung                     maaf


Kenapa kau menangis sayang?
aku lihat kaki masih dua
tangan, telinga, mata juga masih dua
sepasang cukup senikmatnya
aku hairan

Kenapa kau menangis sayang?
apa ingatmu hilang
seperti hewan liar tidak bertuan
atau buat kau lupa
yang matahari bentuknya segitiga?

Kenapa kau menangis sayang?
keluarga masih punya tangan
menadah kau jatuh
mengendong kau lumpuh
juga senyum dalam hari - hari kau

Kenapa kau menangis sayang?
sepertinya penghinaan pada aku
jika tidak mampu membantumu
walau tidak ada kata indah
aku punya senyum
dan redup mata
untuk menikmati keindahan
setiap sisa burukmu seharian

izinkan aku
untuk menghargaimu

Friday, April 5, 2013

Hikayat


Dia tidak akan tahu
tentang rasa yang terbiasa
dari mimpi yang lama pergi
semuanya telah berlalu

Dia tidak akan kenal
segala apa yang ku lupa
dari pikir segala pernah terukir
semua tawa dalam bual

Masih
aku seperti politikus celik
dalam kepuraan terus mengherdik
segala apa dalam cermin sendiri

Thursday, April 4, 2013

Entah Kenapa


Rindu
Yang telah lama
Cuba dipendam
Dalam kebiasaan hidup
Telah berjaya menegur
Kewarasan yang wujud

Ternyata aku manusia biasa
Yang gemar
Mencari luka dalam tawa.

Entah kenapa ya?

Monday, April 1, 2013

Petang itu


Gamelan asyik
Ke kiri ke kanan
Dinikmati aku seperjalanan
Geleng kepala kecuali mata
Sesekali terhantuk sendiri

Gadis itu senyum
Aku senyum kembali

Dia melambai
Aku sahut lambaiannya dengan mesra
Kelihatan semua orang melihatku aneh

Ada pasangan muda bercinta di sana
Berpegang tangan penuh romantis
Menikmati pemandangan indah lautan sekitar

Ada kelompok gadis di situ
Antara yang memandangku aneh
Bersama temannya
Meneguk air kola dengan mabuk
Pakainya memalukan

Akhirnya aku aneh
Dunia memandang aku dalam ribu persoalan
Dan aku memandang mereka dengan juta pertanyaan
Paling ajaib,
Lautan dari batu juga boleh menenggelamkan kita ya?

Sudah pukul tujuh
Sambil pulang menikmati gamelan pinggung 
Yang ditawar senja.

Monday, March 18, 2013

Lara


Lara
Larangan
Lara 
Larangan
Lara 
Larangan
Larangan 
Larangan

Memang Lara
Kerana pikir
Sudah pupus sama sekali
Hei budak - budak ini

Wednesday, March 13, 2013

Ayam



Ayam lapar
Dalam pemodenan reban
Pintu canggih automatik
Dengan sensor melihat sana - sini
Dia termenung

Ayam lapar
Dengan kemudahan canggih
Perhubungan dunia kusut, serabut
Tanda tanya, seru tiada
Hujung jari mencium dunia sana
Dia gelisah ke sisi

Ayam lapar
Dengan proses sosial baru
Sistem korporat sarkis
Penuh jujur dalam kata
Ikhlas pada lidah
Hanya
Dia berkokok

Mana makananku?

Sunday, February 24, 2013

Cinta Haram

Kita jadi Tuhan
Dalam nikmat cinta kurniaan
Terus saja hukum segala
Dengan ideologi kufr

Tak perlu cari khususnya
Jangan dipandang adabnya
Usah digenggam hukumnya
Kita terang saja selalu jadi Tuhan

Sampai bila?

Tuesday, January 29, 2013

Sembab


Satu langkah
Satu langkah
Langkah ketiga
Tanah menyembam muka
Satu - satu kesal melingkar rasa

Satu cemuhan
Satu cemuhan
Bebelan bibir
Dengan jari menuding ke sana ke mari
Satu - satu huruf di salahkan

Sudahlah luka
Dipatahkan sayapnya terus
Merajuk camar melihat perangai manusia
Teruslah hilang cemburunya pada kita
Kerana abiliti terbang kita yang sepatutnya lebih tinggi dari mereka

Saturday, January 26, 2013

Tanya


"Di mana?"
Tiada jawab.

"Sampai bila?"
Sunyi
Kekal ke subuh

Jerih ku cari
Perit di hati
Tidak dengar lagi
Entah perlu apa
Kasut yang lusuh
Lembutnya tiba

Mana ada soalan tidak berjawapan
Tega kau menentang kuat anginnya atau tidak
Atau terus hilang ditiup bayu kecil semalam

Baka.

Tuesday, January 15, 2013

_entar


Mana mungkin gentar
Sebelum mata kabur
Sebelum kakinya capik
Sebelum tubuhnya terlentang
Belum tentu ada harinya

Mana mungkin
Takutku portal masa
Jauh sekali sadarnya
Tidak mungkin aku gentar!

Aku akan terus ke depan!

Sunday, January 13, 2013

Gabrah



Hidup

Sukar dengan mempertikai
Berputarlah
      Putarlah
               Pening
Dan tewas
Sa jari yang menang
Dengan menidakkan kurap sendiri

Jika penat
Rehat dan tenunglah langit
Moga bila sesat
Punya lagi angin menegur

"kau masih di bawah langit yang sama"

Usap muka masing - masing
Sebelum memeluk tubuh
Sunyi.


Tuesday, January 1, 2013

Hayat


Perlahan hangat
Merengsa sadar
Yang kian lama hilang
Dalam samar benar

Kucup hujung itu benar menyelar
Setiap satu yang telah aku lupa

Bisik.