Friday, October 28, 2011

Antara kita

" Apa? "
tanya dia
" Tiada apa - apa "
Bukan mencarik hati
Cuma aku tidak mengerti
Dalam senyum aku terduduk
Ertinya tiada diam menunduk

Agaknya apa yang ku mahu?
Agaknya apa yang kau tahu?
Tiadanya aku tahu
Tiadanya kau mahu
Kerana aku ialah aku
Yang bukan siapa - siapa
Aku     Dia
Aku      Dia
Dekat dalam jauh
Jauh dalam dekat

Thursday, October 20, 2011

Cerita dia



Ada satu cerita
akan si teruna bersahabat dengan si dara
dalam bicara dunia
kejayaan cerita
selalu bersama

Tetapi muncul akan bunga
mekar tiada hendaknya
berselingan sama suria
menyinar tanpa bahangnya
cuma dia terasa

Si kanan mengharap
Si kiri sunyi ketawa
Seperti selalunya tanpa apa
Si kanan tetap ketawa dalam kedap
Seperti siangnya sunyi dari sinar si suria

diangkat tangan keramat
dijulang cita melambung
ku yakin pasti ku dapat
kerahnya hati ku tarung
untuk dua menjadi satu

si burung berbisik jangan
si ular merisik pergi
dia keliru

termenung merungkap sejarah
membina memori dalam khayal sendiri
menjengkal jarak yang mungkin terjadi
apa benar ini pilihanku?
antara air yang tiada putus
atau tongkang kasih yang aku nakhodakan
biarku lihat apa pilihmu

benar - benar dia pergi tanyakannya
aku doakan kejayaanmu rakan.
rakanku yang paling rapat
serapat satu jasad dan jiwa
sangat sama
kiri dan kanan
kanan dan kiri






Tuesday, October 11, 2011

Terima kasih




Ini Putihku
Ku hargai semuanya yang mendekati

Ini ruangku
untuk aku melatih jari 
berdansa sama akal
mengikut rentak jiwa

Ini aku
yang bukan kamu atau dia
pastinya tetap di sini
terus menulis
sehingga serunai sangkakala
ditiup bertiga

Saturday, October 8, 2011

Janji Pasti




Si jejaka itu berjanji akan bahagia
Si jejaka itu berjanji akan cerita indah
Si jejaka itu berjanji akan uang dan ringgit
Si jejaka itu berjanji segalanya yang kau perlu

Dan aku?
Aku tidak layak berjanji
Bukan fitrahku penakut
Tetapi jasadku bergetar
Untuk menerima sekalian cintamu

Kubiarkan sirna menodak kata - kata
Kusimpan dusta di dalam peti, mati
Ku halakan hadiah ikhlas buatmu
Sekeping pasti
Kecil bernanah mungkinnya

Tapi ku yakin pasti
Bukan sekadar janji


Libur



Ku ketik apinya
ku kemam melihat langit
apa mungkin ku bisa jadi seperti mereka
yang bertakhtakan iman
yang berlantaikan syurga
yang diangkat nama olehNya

Fikir - fikir kembali
baru kusadar
yang ku nikmati hanya sebatang gudang garam
tidak punya khasiat
cuma celaka
suka - suka sahaja




Thursday, October 6, 2011

Kosong



ku seru tiga kata
__ , __ , __ untuk kau

ya, kosong
ku tampakkan kosong
tapi ku tahu kau tahu apa ku mahu
ku ingin kau menikmati kekosongan itu
kerana ku yakin jiwaku sudah selamanya penuh denganmu.

aku memang suka menikmatinya sendiri.

Tuesday, October 4, 2011

Terbang


Diterbang pikir ke sana
dalam dakapan suasana
yang menerkam gundah menebar derita
dalam cerita kita

Ku carik satu persatu misteri
akan siapa yang mengawal hati
di dalam diri

Aku ingin benar terbang ke sana
bersamanya
dalam gelora cinta
bahagia selamanya
menikmat cinta indah
dalam sisipan sinar seantero suria
ku pasti senyum akannya.

Sunday, October 2, 2011

Kata Keramat




Kau tiup satu kata kedalam dada
melingkari rusuk menikamnya
pedih

Kenapa perlu aku begini?
masih bertanya walau jawapan ada
masih mencari walau sirnanya tiada
masih terpaku walau asasnya keras tak terlawan

Padaku hanya satu
kerana aku kosong di dalamnya
Tuhan, tolonglah aku
bersihkan jiwaku



Saturday, October 1, 2011

Papan dan Kekunci



antara Aku dan kau Sayangku
kita bersebelahan
tapi tidak sehaluan
kau dibayangi si Lelaki itu
di hujung kanan itu

kenapa?
kerana di antara kita ada liku
kerana di bawah kita ada Z sebagai penyambung
kerana kita di atas satu papan dunia
yang menampung cerita dari A sehingga Z

Likunya banyak berterabur di atas papan itu
tapi dicipta untuk memudahkan

QWERT
ASDFG
ZXCVB
kirinya
dan
YUIOP
HJKL
BNM
di kanannya

siapa mengawalnya?
ini semua cerita kita.
kisah cinta kita
kisah cinta dua dunia
bersebelahan tapi berjauhan

Kita semua sama bukan?