Thursday, March 31, 2011

Percaya

risau hatiku bukan cerita
selingkuh aku memintaNya
semoga sihat sejahtera
aku percaya.
aku setia percaya segala
kerana ku tahu Allah Maha Pemurah dan Maha Penyayang

Ini Biduanita Unggul

si cantik menyingsing menadah tangan
diharap pagi akan muncul untuknya
apa akan ada senyuman di wajahnya?
si pemegang syurga ditunggu setia
si cantik memang baik.

kalau ketawa pengubat duka
tidak termampu lagi
duka berdarah dalam membeku
siapa mampu?
hanya iman penguat kaki
untuk terus berdiri

senyuman terukir
apa kembali kekal seperti semalam
mungkin itu harapan palsu
selagi sujudnya dia belum diterima
selamat sejahtera dia di sana

aku jauh, sekadar memerhati
cuba menghibur 
cuba menglipur
walau cariknya dunia menyentuh hatiku
aku lemah
aku siapa
tiada apa
cukuplah doa aku selitkan
berirama merdu mengikut nafasku

Wednesday, March 30, 2011

Pencinta Setia

Cereka ini bermula
kau semat cinta kau dalam coretan batin
kau lunaskan sengketa dengan pelbagai cara
aku percaya
percayalah, aku percaya

aku cuba mengerat kata dengan lafaz cinta
sakit, memang sakit bayarannya bila ia berakhir
apa akan ada cinta sesama kita?
atau hanyut harga sebenar?
bukan itu hendaknya

walau ku tahu si setia tiada mungkin ada
si bodoh berkata tentang apa sahaja
cinta buta mainan mereka, kita semua
ya, aku buta dengan segala
tapi aku tetap gembira di dalam duka

aku pencinta yang setia.

Tuesday, March 29, 2011

AKU DAN AKU

AKU TETAP AKU

SI PELINTAS SEPI TIUPNYA BAYU CELAKA

WALAU AIR GELORA SIAPA SANGKA AKAN KUREDAH JUA

BERJAUHAN SIFAT AZALI KAU KENAL

KERANA AKU SI LUNCAI

KERANA AKU DI LUAR DUNIA KAU SEMUA.


MUNGKIN BUKAN AKU SENDIRI

KAWAN SETIA MENEMANI

TAPI AKAN ADAKAH CERITA ESOK?

KERANA AKU BUKAN AKU

YANG DAHULU

AKU BANGUN UNTUK BELAJAR

ERTI SEGALA DOGMA CEREKA DUNIA

AKU HIMPUN SETIA BERDARAH

KERANA AKU YAKIN

AKU TETAP AKU


AKU ADALAH AKU

Lelaki

cerita dogma nada dari neraka
kisah hitam jangan disangkal si cetek kepala
kerana bisa tidak mengenal siapa
duri tidak mengerti segala
cuma menyakitkan resamnya
bahkan membunuh

kalau si jelita bernyanyi gemalai
jangan kau hulur kepala menyusun ayat
ingat mana kakimu
bumi siapa kau junjung
kita ada cara kita
kita hanya HAMBA

lelaki adatnya gagah
tapi tipis bila hawa merayu
bukan ku tidak tahu
kita sama
lemah dengan nafsu sendiri
dibuatnya alasan syaitan membisik
walhal hati kotor sendiri
aku mengerti

jangan kau ludah maruah sendiri
kerana kita pemimpin
ya, kita lupa segala kerana kita pemimpin
tapi selagi matahari munculnya kanan
kita masih punya waktu
apa itu mencukupi?