Monday, November 29, 2010

semalam itu semalam

perjalanan ini panjang
kau redah sukar, kau diam perit
kadang ia bernyanyi riang
kadang ia berdendang sepi
walau hebat mana kau
keras mana daging kecil di dada kau itu
terusan dari matamu itu pasti wujud
walau mungkin zahirnya kosong
tapi ku yakin batinnya selalu terjerit sendiri


kau hitung jejak semalam
kau kira sejarah hidupmu
kau pasti sedar betapa murahnya air matamu sebenarnya
biarkan ia mengalir sekarang
tetapi untuk senyuman di hari esok
yakinlah akan kebahagiaan yang kau cari
peganglah prinsip hidup kau itu
majulah, berjuanglah untuk selamanya
kerana hari esok pasti akan lebih manis dari hari ini
percayalah....

Saturday, November 20, 2010

Perempuan itu Indah


perempuan
ya, ia memang indah
seperti apa kau gambarkan
seperti apa kau rasakan
senyumlah,
bersyukurlah,
akan ciptaan seseorang wanita itu
kerana perempuan itu wanita yang indah

Tuesday, November 9, 2010

keputusan ujian personaliti

Blank's personality type: "Dreamy Idealist"
Quiet, reflective and idealistic. Interested in serving humanity. Well-developed value system, which they strive to live in accordance with. Extremely loyal. Adaptable and laid-back unless a strongly-held value is threatened. Usually talented writers. Mentally quick and able to see possibilities. Interested in understanding and helping people.

Careers that could fit Blank include:
Writers, artists, counselors, social workers, English teachers, fine arts teachers, child care workers, clergy, missionaries, psychologists, psychiatrists, scientists, political activists, editors, education consultants, journalists, religious educators, social scientists.


Monday, November 8, 2010

dia hanya binasa.senyumlah

kerana kata kau
aku masih di sini
aku masih terdiam menanti
apa ada lagi gerak melodi dari kau
atau hanya kata tanpa apa


aku mati
mati bernyawa berdiri
bukan mati biasa 
tapi mati dalam diri kau
mati mencari apa yang kau pinta

aku berkata bagi dia
dia lebih tahu apa makna yang kau tuju
yang kau tipu dusta baik helahnya
senyumlah kau selagi kau rasa itu bahagia
dia tetap ada bila-bila sahaja
bukan untuk apa
hanya kerana kau yang dikata pendusta