Thursday, November 29, 2012

Ulangan


Pekat tapi halus rasanya
Perlahan menyusur tenggorokan
Nikmat perlahan
Mengingkar pahit semalam
Bersama perginya kopi yang lepas

Tiada pernah aku begitu
Tidak sekali aku di situ
Belum lagi aku sepertinya
Belum aku jadi sesuatu






Sekali lagi.


Friday, November 23, 2012

Ikhlas


Kata tidak selalu benar
Laku tidak selalu lancar
Bibir kadang membelot
Jari kadang merusuh
Tentang perkara yang bukan - bukan

Dalam hati ada ruang
Untuk aku
Menidakkan yang benar
Membenarkan yang salah
Dalam susur masa

Dalam hati ada ruang
Untuk aku
Mencintai yang tidak mencintai
Menjauhi yang tidak menjauhi
Dalam galur masa

Aku gabungkan sudut itu
Untuk sedar akan
Pentingnya aku hidup untuk hari ini.

Thursday, November 22, 2012

jangan baca


Piiiiiijak
       Potret luka
Potret duka
                                           Heeeembus
                                                       Nafas sakit
                                            Nafas perit
                  Biar begini
Biar disini
Dalam semua rasa

kojol segalanya
goblok sana
bongok sini

SENdiri.

penenang itu hanya pada perasaan walau jasad merasa beban yang amat. ah, terbalik. memang aku terbalikkannya.

Sunday, November 18, 2012

Penceroboh


Saat kemanusiaan semakin hilang,
Kita hidup sebagai penceroboh,
Hidup hewan di bumi malang,
Hewan memakmur,
Kita menghancur

Aku rindu manusia,
Menjemput senyum,
Menghalau duka
Biar mata pejam
Sinar sampai ke baliknya
Tembus ke akal yang paling dalam



Monday, November 12, 2012

Entah apa


Dalam cuaca dingin
Selerak meja dengan masa depan
Memberi satu pikir
Entah apa yang aku simpan
Entah apa yang aku lepas
Entah apa yang aku ingin
Untuk tua
Dalam dakap impian
Penuh senyuman
Aku masih jauh begini.


Thursday, November 8, 2012

Unsolved



   /Benar
 /Memangnya
Aku ini Bodoh
Untuk Menilai
Saiz benar
Sekeping
Hati
Ini
.
Yang ada hanya separuh.
Mana mungkin?


Friday, November 2, 2012

Masih



Aku raba leherku
Kerana panas yang ku rasa
Ditekan merih
“Nafas masih lancar”, fikirku
Bersama satu rasa tidak senang
Yang selalu saja ada.

Kalau diinjak sangkakala
Pastinya kemerahan leher ini
Bagai kalung dosa dahulu
Seharian aku buru
Sampai tembus
Seksanya dia dalam suka
“Dia tidak sedar”, fikirku
Hingga rasa tidak senang itu muncul
Baru kini saja ada.

Dalam yang benar aku
Aku tegur
Aku cuba nasihat aku
Aku tegur
Aku cuba bawa aku
Aku tegur
Aku hilang dalam bising aku
Cuma nantinya
Aku berpesan
Jangan. Heret. Aku.