Sunday, July 31, 2011

Ingat Selamat.

Petik - petik jari cirinya ampuh
Petik - petik kata berbuah barua
Petik - petik simpulan minda baru terbuka
Petik - petik hati?
Ragam - ragam kita
Si dia senyum suka sekali
Sejuk perutnya mungkin

Ceritanya
Mengangkat diri merebah bangsa
Mengelak maut menunggu mati
Memadam mereka yang menyayangi
Sejak pagi lagi

Kita lupa akan si tua berjasa
Janggut sengsara senyum sentiasa
Kita lupa semua
Apa berdiri bila akal tiada?

Hentikan dongengmu
Hiasi akhlakmu
Hormat mereka dan mereka
Hindar hurungan tepukan dia dan dia
Kerana mereka juga bebal sepertimu

Ingat
Jangan taksub pada sesuatu
Ingat di mana kakimu dan mana halamu
Singkap makna perjuanganmu
Pasti kau berjaya
Doaku.



*Salam Ramadhan. Cuba ubah ya apa yang kurang. Lebihkan usaha dari berkata tak guna apa. Kita semua hambaNYA sahaja. :)

maaf salah silap.






.

Friday, July 29, 2011

Lapar Juga

Krukk...
         Krukk....
                  Krukk.....


Lapar dalam segala bentuk terjemahan melibatkan fizikal, mental dah kerohanian yang disengajakan kosong di atas kealpaan diri sendiri yang tidak pernah mengenal langit dan merunduk ke bumi menyesal akan noda tercipta yang dizahirkan akibat kelemahan diri sendiri.

Lapar tanpa gigi
Lapar tanpa bestari
Lapar hanya di kaki

Mana perut kau?
kau sendiri tidak pernah sedar akan kehilangannya.
Kenyanglah kau di sana
Ya, kenyang dalam cerita mereka.

berdehem kosong.
kerana siapa tahu di mana angin ku simpan
dehemku bukan siapa - siapa
tertahan tinta tulisan terjadi
terjatuh titis si tragedi

Kita semua lapar.

Wednesday, July 27, 2011

Mahkota

Atap
Sepertinya penting dalam perlindungan
Dari bahang matahari sejuknya malam
Juga rintik basah kurniaanNYA
Selesa.

Si sindarella berjalan suka
Ya, cantik sekali
Lagak seorang puteri


Tup tap tup tap


Ke sana ke mari
Dibiar si homosapiens bertentang
Dengan mahkota kepalanya tidak dijaga

Kecil maknanya
Sehelai kain
Pelbagai nama, jenisnya
Tapi satu jatinya
Memelihara dirimu wanita


Senyum ku manis
Memandang matamu persis
Madu syurga
Dengan hijab antara kita
Yang kau angkat sebagai pemisah nafsu

Ya, bergelora aku di sini.
Itulah indahnya wanita.
Diberi indah dikejar sampah
Rambut berurai konon jelita
Cumanya apa?
Sampah.
Itu kataku.

Apa sukar jalan ke syurga?

Si Ai En Ti Ae

Cuba kau fikir, sejenak cuma
Ingatkah lagi apa janjimu?
Nostalgia indah itu ciptaan, rapuh.
Tak kan senang bila bernoda
Apakah itu definisi bahagia?



Cerpen indah. Indah dengan kata. Diksi tersusun rapi.


Ya,cerita apa yang kau mahu?
Menggeletik itu kelakuanmu
Dia sana juga hala tujumu
Ah, panas!

Ya, sangat panas.
Hitam.

Friday, July 22, 2011

Garis Satu

rebahnya si gadis
dalam persis khayalan semata
menikmati rakusnya dunia
melepasi kewujudan suatu garis

sana indah
situ indah
segalanya ada dalam genggaman
tapi lagaknya seperti virus
menyeret luka sedalam tak ku sangka

dunia esok
pahitnya manis baru terasa
lukanya bahagia diri menikmati
syurga esok lebih sempurna
jangan dicari sekarang
kerana syurganya hitam di telapak kaki

apa kisahmu?

Wednesday, July 20, 2011

Jauh

Aku berkhayal dalam
P E L U K A N
Asmara di balik sana

Melalui terusan arus semasa
Segalanya mudah
Fikirku
Segalanya dekat
Agakku
Segalanya mesra
Harapanku

Tapi jarak itu satu
Ceritanya seribu
Dalam segala resah bagai

Tapi sempurna kisahnya
Jauh dari titik dosa
Jauh dari seksaan neraka
Dalam dada menahan derita rindu
Dari zina si teruna dan dara

Ah, syukurlah

Monday, July 18, 2011

Dunia Luar

Atas dan bawah
Depan dan belakang
Hitam dan putih
Baik dan jahat

Apa sempit?
Apa benak?
Atau tiada kotak untuk berfikir?

Fikirlah akan tepi dan merah
Ingatlah jasa di sebelah
Jangan asyk memandang atas memejam si bawah
Atau kau mahu terus sempit 
dalam dunia kau sendiri

Aku si kura - kura
Perlahan memerhati
Kosa kata kecil menemani jiwa
Jerit si nafsu tidak terperi
Aku cuba memahami.

Sunday, July 17, 2011

Cinta Homo Sapiens

Ku biar cinta itu layu
Ku pasrah akannya
Kerana aku bukan pendusta
Kilas cerita si pendogma wajah

Walau kau cerai bingkisan hati
Sehingga hidupnya mati
Sehingga kelamnya hari
dengan aku bercerita sendiri
dalam sepi

Ditinggal
  J
  A
  T
  U
  H
Kosong tiada rupa
Picit tangan meminta - minta
Picit kaki terkinja - kinja
Baru kusedar bodohnya cinta remaja

Mengelamun                      Dalam cerita sendiri
         Dunia sendiri
Pastinya sepi                       Dalam kepala
         Kosong tak berakal.


Kerana segalanya nafsu.
dia raja
dia segala
sudah terhantuk sudah
Baru kenal siapa Pencipta

Dikenang percik hitam lama
Terbayang raut si dia
tapi yang ada hanya cerita
Sirna perlahan - lahan
Bagai siulan burung memecah langit
Di kala pagi
cip
   cip
       cip

Sunyi.


Kerana segalanya hanyalah Yang Esa.
Ku pasti.
Ku harap akan ada Pasti.
Kerana pasti ku mahukan indah

Dari menghadap Malik di depan mata.

Saturday, July 16, 2011

Kepuasan

Dalam pagi ku kejar malam.
Dalam putih tetap ku impi hitam

Manusia memang tak pernah puas bukan?

Friday, July 15, 2011

Kotak - Katik Remaja


Ku susun diksi kata dengan capuk
Ku tebar panji dengan sayu
Ku titip rahmat dengan tunduk

Apa mungkin
        Ada mungkin yang merasakannya tinggi
Apa mungkin
        Ada mungkin yang merasakannya palsu

Ada mungkin yang menentangnya
Walau aku hanya berdiri di tengah

Mungkin mereka keliru
Atau mungkin mereka jahil menonton
Mahupun mentafsir
Yang aku hanya berjalan mengikut padi
Atau mungkin si lalang akan terus menanam hasad.

Angkat tanganmu
dokong citamu
Resap semangat mudamu

Pacakkan tiangmu kukuh!
Lebarkan sayapmu gah!
Simpulkan lisanmu indah!
Bawa akhirmu!

Walau aku tahu aku akan layu esok hari
Tapi tiada mungkin mati
Selagi hati teguh berdiri.

Nama, cerita lain - lain
Hati, muda tidak akan tua.
Itu cerita remaja.

Kelibat

Bicara tentang kelibat.
Berbual dengan kelibat
Berfikir tentang kelibat
Kelibatnya tak muncul juga.
Kelibatnya benarkah?
Atau sirna tak ternama

Kelibat dalam kotak hati
Kelibat mainan nafsu
segalanya dunia
Kelibat menawan dunia
Kelibat dia mencorak dosa

Seronoknya mereka kelibat
Kau ikut kata mereka
Kelibat itu satu
Kelibat itu batu
Kelibat dalam sfera

Kau keliru siapa kelibat
Tepuk dada tanyalah hati

Mana mungkin kan si gila mengaku gila?
Samalah kau dan dia.

Tepuklah lagi tipulah diri
Itu Kau
Ya, kau.

Wednesday, July 13, 2011

Sejarah Palsu

detak waktu menyebutkan sesuatu
cerita semalam yang takkan terungkap
sampai bila - bila
sampai si pungguk tertidur merindukan bulan
sampai si Tuah hilang di makan Portugis

Segala cerita tinggal kisah
Segala kisah digumpal dicampak lalu
Kita hidup dalam sejarah
yang pasti penuh pesongan si cendekia
palsu
palsu

Mungkin harus ku ketuk pasu ke kepala mereka.

penunggu

Ku tunggu dalam sekam
Duri di dalamnya bagai tiada kasih
Sakit
Darah merah
Luka tebakku.

Ku tunggu dalam tangis
Air bisanya menghentam jiwa
Sakit
Darah merah
Radang bidaku

Tunggu itu tiada bazir
janji hati tahu apa ertinya
Hanya kita
Hanya jiwa mengerti
Penantian itu bukanlah sia - sia
Aku seekor penunggu.

Tuesday, July 12, 2011

Cermin Realiti

Sesaat ku memandang
Getar seribu tahun
Sesaat ku menghidu
Getar seluruh hatiku
Sesaat ku berkelip
Getar rugi bisikku

itu apa yang kita damba
yang kita puja

Baru kau sedar simbolik cermin pada manusia

Monday, July 11, 2011

Dalam

Dalam diam bisa
Dalam cerita biasa
Dalam tenang berisi
Dalam kepala berilmu
Dalamnya dalam

Si anjing
Menyalak di tepi
Menunggu si pari
Memberi nafkah diri

Apa itu hidupmu?
Selamlah dalam - dalam

Friday, July 8, 2011

ALLone


Purity once had a name,



And beauty once had a face.



Life once had a meaning,



And once I was safe.



Once there was freedom,


And once I could laugh.
Happiness once was alive,
And once I had another half.
Once I shared her love,
Once I was by her side,
Once I felt I fitted,
So quickly that died.
Her grace so great,
Her beauty so vast,
All I ever wanted,
Was for it to last.
Fate maybe had another plan,
Or maybe she had another love,
But it all fell apart,
The hand too big for the glove.
Now it's all died away,
Happiness, joy, love; all memories.
Now I walk alone in this dark, dark world,
With no light to guide my way.


Thursday, July 7, 2011

NuN

Melayang aku menurut kata si pemerintah hati
Memegang sebuah janji dalam hati dengan beralaskan nafsu
Menghilang akalku kerana munculnya nafsu

Apa gerak tubuhku?

Lemah longlai
Mati mengikut nun
nun asal raja diri kita
jika tiada iman di dada

Buah

Si naga melontar api marahnya
Si kura terdiam sepi menyimpan dendam

Apa pula kata si belang?
Dia tunduk sepi melihat bumi
Sadar diri mungkin
Atau lemah tak bertulang
Hanya dia mengerti

Yang pasti, lidahnya tajam dengan dogma
Tapi akhirnya
Tetap tunduk melihat bumi
Menjejak bau di tapak naga.

Apa ini realitinya?

Sunday, July 3, 2011

Sesal

Sesal dahulu pendapatan
Sesal kemudian tiada gunanya
Sesal sekarang ku sisip doa
Sesal nanti mati datang mengasing dunia
Sesal pagi ku cium pipi
Sesal petang terbanglah kaki
Sesal putih, bersihlah diri
Sesal hitam, bayangmu tiada

Sesal kecil cerita dusta
Sesal seluruh baru sebenar.

ASSALAMUALAIKUM

Putih

Bicara tentang dunia
Bicara tentang keamanan
Bicara tentang nasib manusia

Seorang atau semua?

Dunia kau hanya nafsu lagaknya
Kental, gagah berani katamu
tetapi hakikatnya penakut
Yang hanya mengira untung

untunglah kau dengan balaci kau
anak - anak kecil kau ajar begitu

Ayah, mari berjihad
di bawah cerita sepet.

Saturday, July 2, 2011

dunia indah

mata ku bisu
telinga ku buta
hidungku pekak
aneh katamu

kau bilang aku gila dalam duniaku
kau sengaja curah makian untukku
KHAS

lihat cermin, apa kau hidup untuk memusnah?

inilah realiti dunia dalam cerita yang macam bagai
kosong tak bernyawa dalam jasad tak berjasa
bodoh tuli semua menjadi raja
hanya kerana harta

aku dan si dara hanya berlalu
tanpa berkata apa
apa agaknya aksara sesuai untuk semua?

Friday, July 1, 2011

dara

Beralun semua
masin peluhnya
goyang tapaknya
ahh desir berkuasa
menggempita malam

Kepul asap ke udara
Kepul tangis menjadi perantara
Hitam dan Putih dunia kita

Apa itu cerita DARA?