Thursday, March 29, 2012

Kolong Kita


Kolong 
Kosong
Tempat ada suka dan duka

Jerit sekerasnya
Hanya menarik perhatian pejalan
Menoleh sebentar dan terus kedepan
Siapa mahu peduli sama jeritan kosong?

Tidak dinilai neraka dunia
Untuk nasi sekepal air seteguk
Cukuplah, katanya
cukuplah tuan.

kalau saja mereka kenal erti adil.

Genggam Api Bersama - Sama.


Sayu ku melihat senja
Langit merah memberi tanda
Seakan esok indah sinarnya

Anak kecil itu ketawa riang
Dengan teman - teman seakan dunia sudah terjamin
Detik cemburu sambil senyum
Inilah kehidupan cantiknya perancangan Tuhan

Dan pabila esok apa jadi pada anak riang itu
Apa dia membesar menjadi pembela agamanya?
Apa dia membujang menegakkan sumpah kecilnya?
Apa dia menghayati nikmat kepayahan juang itu?

Apa mungkin dia tidur dalam suara - suara kekhilafan?
Leka dalam dusta,
Lupa dalam lara

Jangan dia membelot bangsa
Jangan dia menjual agama
Jangan dia jadi pejuang palsu
Yang aku lihat di hari ini
Yang hanya tahu melolong adil
Tanpa akal dibalut hati

Diam sejenak
Ada baiknya aku melihat diri
Apa sudah aku sedia?

Aku meluah diri sendiri
Maafkan aku anak kecil
Aku takut bayang sendiri

Moga kita sama menikmati
Dunia harum mekar mewangi
Selagi janji saling ditepati.

Tuesday, March 27, 2012

Dua Minit


tik tik tik..
dua minit berlalu
dan suara itu masih seperti selalu
seperti hari - hari lepas
yang dalam kesedihan

ku lihat jam sekali lagi
lihatnya senyum kelmarin
terus dalam kenangan
ku harap tidak terbuang
hanya itu sumpahan kita

dan kau terus mati
untuk hidup kembali
di jalan yang engkau kehendaki
dalam hati

semoga jarak antara kita hanya dua minit
kerana nisbah tidak selalu perlahan
kadang nisbah menjangkau jutaan

semoga aku mampu menjadi aku
yang seperti engkau ketahui

aku bayang minit - menit.


Tuesday, March 20, 2012

Akhir


Cukup sukar memberi erti
Walau sudah menung sendiri
Menikmati malam musibah ini
Sepertinya mati

Bukan mudah mengenal diri
Jauh lagi mencari Illahi
Musibah!
Musibah!
Yang ku daki
Jauh tinggi menunggu mati
Pantas tujuh neraka serakah
Putus tali - tali dunia
Sesal tak henti

Mungkinkah juang ini sunyi
Dengan anak muda menikmati mudinya
Yang tua tutup hati akhirnya
Sampai bila jadi sumpahnya
Genggam lahir itu.

Bukan aku tak sedar
Cuma aku berlagak dewa
Menolak kewujudan segala.

Maafkan aku Tuhan
Berikan aku cintaMu
Dalam kerdip syurgaMu.
aku hambaMu.

yang belum kenal erti sangkakala.


Friday, March 2, 2012

Dalam Kenangan



Kelihatan anak itu
Dalam dingin pagi peluh
Duduk tersudut
Mengenang hari lepas

Awan hitam mengikut sekata masa
Mendung indah senyum duka
Matahari segan tunjuk muka
Cahaya punya satu warna, suram.

Hari ini dia di situ seperti hari lainnya
Hari ini dia sendiri tanpa lainnya
Hari ini tiada beza masa lainnya

Yang ada cuma genggam
Dalam kabus harapan
Desak kaki terus melangkah
Antara garis masa tiada henti

Dia anak dewasa.