Tuesday, May 31, 2011

klasik kata

Siapa sahaja bisa berkata
Mungkin dia atau dia
Tapi apa kau tahu semua cerita?
Dari segala tajuk mereka
mungkin ia hanya dongeng.

Deru angin pantai kau hirup indah
Sisihan bau si cantik memikat kalbu
apa ada ambisi aku antara semua?
Mungkin si cita dalam cinta hanya tinggal cerita
Kerana aku bukanlah sesempurna dia.

Wednesday, May 25, 2011

Si Gagak

Kau tidak faham dan tidak akan faham.
Kerana aku adalah aku dalam duniaku.
Kau dalam dunia kau.
mungkin sedar.
mungkin tidak.
Mugkin hanya mungkin.

Siapa sangka?
Kalau si gagak bisa berkata - kata
bandinglah dengan si nuri
kerana si gagak tetap si gagak
tidak mungkin hebat seperti si kakak tua
walau dia lebih hebat berkata
kerana itu cerita dia
tiada siapa yang tahu.

Aku tetap sendiri.

Tuesday, May 10, 2011

Kita bangsa melayu

Senang kau kata melayu bangsamu
Tanpa penghayatan kosong hatimu
Dengan barat cara hidupmu, ia palsu
Sirna bangsa dalam jasadmu
Hilang pergi menjauhi hakikat asalmu

Perjuangan pejuang penuh lelah kau lupa
Tangis nenekmu melepaskan si pemegang syurga untuknya kau lupa
Kesucian melayu itu kau pijak tanpa sedar
Kau buang maruahmu sehebat kolot pemikiranmu
Kau pegang adat sampah yang sendiri kau cipta

Marilah bangsaku
Bangun, senyum, banggalah dengan bangsamu
Kita jaga tanah merdeka ini dengan kuasa maruah bangsa
Sehebat hang tuah menggenggam lautan Melaka
Belajarlah apa akar bangsamu
Hayatilah pucuk agamamu
Bangsa kita, tanah kita,
Kita rajanya