Friday, December 27, 2013

Punai


Pernah aku bertanya pada burung,
Bagaimana mereka terbang
Mereka senyum, seakan memerli
"Kerana ku lahir begini" katanya

Sama,
Kalau kau bertanya
Kenapa aku selalu ada.

Keringat


Kadang, lebih elok buta
agar rupa tinggal rupa
tidak lagi jadi ukuran
untuk dinilai
tuhan dari kalangan manusia

Kadang, lebih baik celik
agar hati tinggal hati
tidak lagi resah tinggal
untuk dinilai
tuhan dari kalangan manusia

aku berpeluh
melihat diri sendiri

Thursday, December 26, 2013

Manis


Sesudah subuh, dengan kokok ayam menyadarkan aku hari akan kembali siang. Dari tadi gelap menggigil biasanya mengundang lena, tetapi bukan hari ini. Pelbagai pikir menggangguku, sampai jam berputar lebih laju dari biasa. Masih terjaga. Aku nyalakan sebatang rokok tiruan, menyesakkan paru paru hingga dia mengadu. Aku dengarkan sambil menutup telinga.

Mereka kata aku akan gagal, kebiasaannya begitu. Aku pekakkan kerana aku percaya kata hati aku. Biar apa mereka mahu, yang tahunya hanya aku. Aku tentukan perlu atau tidak. Mereka hanya tahu tentukan boleh atau tidak.

Kalau punya bulan,
aku tidak akan minta bintang,
kerana aku tahu sudah cukup
selagi aku mataharinya.

Mereka kata kau cantik,
kerana kau menerang malam
dari hilang matari, tugas berganti dengan romantis
ya, indah.

Saat aku terlindung,
aku tahu kau terus membantu
dari purnama hingga putus sementara
aku tahu, kau akan terus tiba
sampai kita bertentang yang jarang tiba

matahari sudah jatuh hati,
bukan kerana cantik si bulan
tapi kerana dia tahu,
dia diperlukan
saat malam menelan nyawa
matahari panas sejuk jadinya

Ini bukti matari hidup
bukan dalam pandangan malam
tapi sentiasa di hati bulan
ya, sudah cukup indah

Wednesday, December 25, 2013

kita?

aku, kau suka suka hati
senang senang tiada pandang
borak borak panjang ketawa riang
sampai tiada tiada keruan

aku, kau duka duka jadian
dari malam malam yang selalu lantang
menduga siang siang yang sedang bermimpi
tidurlah sayang sayang ku jaga

aku, kau bermenung menung panjang
keliru saat saat nanti
entah ada adanya tidak
menguji hati hati berdua

benar aku aku mahu benar
tidak kamu kamu mahu tidak

aku aku dan kamu
malam mengejek kita lagi.

Tuesday, December 17, 2013

Anak Muda

Suara anak muda
Yang sering disalah erti
Kerana sering menyalahi
Kebiasaan yang sudah sebati
Sarat lengas hati disakiti keluar di mata
merestui pengkhianatan yang dirancang

Sarapan itu dibiar sejuk
Dipandang cuma tidak dihadap
Termenung, dengan berteman lapar semalam
Tidak apa anak muda
Ini permulaan sebuah perjuangan

Dengar pekik sepurnama
Dijuang entah bila akhir
Sampai ajal bertentang wajah
Pekik sekali lagi dari jauh
Sebelum sunyi menjemput mimpi.

Saturday, December 14, 2013

Rumit


Ia terlalu rumit
Datang dari pikir yang panjang
Mungkin sudah terlalu

Betul,
Sederhana itu lebih baik.

Sunday, December 8, 2013

Yang Terpilih


Satu hari nanti
Ingin ku lihat kau di kamar
Dengan senyuman
Hingga separuh sayap di tingkap
Tidak lagi menduga jiwa yang parah

Aku mahu peluk satu jiwamu
Untuk ku biar
Ia bercumbu dengan jiwaku
Dalam senyum masing - masing
Bertentang rupa
Yang kekal tiada wajah

Cuma ada cerita tentang kita