Sunday, September 30, 2012

Sorga Manusia


Memangnya aku rasa sukar
Apabila tersepit
dalam
gelumat rasa
riuh kata
igau suasana
gegap dunia

Aku sendiri
redah rendah segala
menilai timbulnya jiwa
yang terkapai sekian lama

Aku tersepit dalam buaian nikmat
Yang mengundang cemuh dari sorga.

Sorga yang kau sangka.

Wednesday, September 26, 2012

Sendiri


Mual rasa
Bila terasing dari segala
Sendiri duduk
Sendiri berjalan
Sendiri makan

Makan nasi - nasi itu tiada selera
Jalan kaki - kaki itu tanpa hala
Duduk hati - hati itu menjauh kata

Biar bayang bersatu
Dalam kalut seribu mimpi
Yang memelihara kesunyian

Mual rasa
Bila tiada lagi mereka

Friday, September 21, 2012

yakin


Di sana ada sepasang purnama
Satunya kau pandang
Satunya ku hidang
Masing - masing senyum gembira
Dan masing - masing terus bahgia

Pernah timbul satu tanya
Apa benar bulan itu yang kau garap?
Dalam hati kecil yang kau tunggang
Yang kau cerna
Dalam simfoni kehidupan

Hadir ia sepasang, kataku
Muncul ia bersama, fikirku
Apa ku pandang bukan jejakmu
Juga kau pandang bukan langkahku
Aku yakin dia sepasang

Aku percaya dalam sedih yang panjang

Tuesday, September 18, 2012

Tiada Tajuk


Terangkan cahayanya!
Aku takut!
Teramat takut!

Selimut ku genggam erat ke dada
Sikit menutup muka
Sambil mata ke sini sana
Senggama aku dengan perasaan
Sejuta perasaan yang sudah sebati

Mana apinya?

Ada pada kau tolol.
Ada saja dekat dengan kau

Buka mata kau. Ya, yang dua itu.

Kelakuan


Memang tiada tema
memang tiada tajuk
yang mampu menjelas kenapa aku terus di sini
terus derap tak henti
memerhati
mentaati hati
buat kau nyaman tanpa sunyi

Walau hakikatnya
aku sendiri tidak mengerti
tentang apa yang ku cari
dari kau dan diri ini.

Memang kita suka lemas begini. Kan?

Monday, September 17, 2012

Mana Mungkin


Mana mungkin aku gembira
Jika ku hulur senyum kau lengkungkan duka
Bersama pikir separuh sedar yang kau suka
Melewati tembok - tembok tiada.

Mana mungkin aku ketawa
Jika ku hulur salam engkau toleh menidakkannya
Bersama sifir sifat manusia yang tiada batas
Melewati sorga - sorga dunia.

Mana mungkin aku menangis
Kerana aku bukan lelaki yang menangis duka
Kerana aku bukan lelaki yang menangis kecewa
Mana mungkin aku bahagia.

Mana mungkin aku gembira.


Sunday, September 16, 2012

Jangan


Jangan
Jangan pernah bermain dengan perasaan
Kerana ia meleka pikir
Memendek akal
bagi mereka yang sempit

Jangan
Jangan pernah membelai jiwa
Kerana ia mambantut hati
Mencela diri
bagi mereka yang lurus

Jangan pernah bermain hati
Kerana ia membunuh dalam diam
Dari tulisan - tulisan hitam
Yang menggerak revolusi nafsu
Menguasai panji - panji kelemahan
diri sendiri

Rasmi


Lengkung itu indah sekali
Menarik mata - mata sekalian adam
Mengundang cemburu sang perawan
Yang jujur menikmati indahnya ciptaan
Mendengus dalam macam bagai makna

Tapi bila sangkakala palsu meniupnya
Segala taman jadi belantara
Segala rasa jadi serba tak kena
Mulalah satu - satu hilang
Jadinya tinggal sedia ada

Tinggal-lah aku meneropong sisanya
Menempelak segala celaka
Meredah gelapnya belantara
Untuk memainkan simfoni gembira
Agar kembali seperti sediakala

Dan memang nasibku begini
Yang tetap bersendiri
Disalah erti setiap kali
Sehingga hari ini

Biarkanlah aku begini
Moga semuanya mekar sendiri
Tanpa aku menemani.


Tuesday, September 11, 2012

Sendiri


Ada kalanya kebenaran itu bukan dalam pandang. Ia boleh jadi sebalik apa yang kita canang, yang terhidang di depan. Dunia rumit sebegini tak mungkin boleh dihurai tanpa pikir yang panjang. Lihat saja berapa ramai yang tewas sebelum menjelaskan juang.

Ah, aku kadang suka menonton gerak bisu manusia sekeliling. Mereka berbicara lantang di bibir tapi sepi di hati. Seakan - akan ada sesuatu yang mati. Aku toleh kiri dan aku lihat ada wajah - wajah mereka yang professional berbicara. Menerkam dosa - dosa wayang yang lainnya dengan angkuh seakan sorga di tangan mereka. Ada juga yang berselindung sucinya mutiara sambil menangguk nanah ke dada - dada lainnya. macam - macam gelagat dunia.

Tapi masih ada sinar. Ada saja saban hari yang menggugak cahaya semadi. Meneropong tanah abadi, mencari yang hakiki. Itu harapan setiap insan, setiap jalan.

Aku sibuk berbicara tentang mereka di sekeliling. Aku bangun dan hidupkan pelitanya.

Ah, Aku dalam bilik berkaca!



Monday, September 10, 2012

Keliru si Bayang


Satu - satu jalan terpisah
dari menghubungkan angan - angan muda ini
dengan realiti yang kelihatan perit sekali.

Mundar - mandir kekeliruan ini
mengaburi jelasnya esok.

Aku pernah membentak lisan
Betulkah apa ini yang kau ingin?
Benarkah apa ini yang kau idam?
Segalanya terus sepi
Bagai aku cuma bayang
Yang membutakan impian itu

Jalan kekeliruan ini akan bangkit
Menabur ribuan janji
Menjelas jutaan panji
Walau celiknya tiada arti.

Itu jalanmu
Ya, aku cuma tembok
Yang mampu mengeluh.

Itu haluanmu
Jangan tangisi pemergianku.


Terkhianat.


Air ini pahit gamaknya
Atau cawan mengkhianati
Atau bibir tidak meredhai
Lidah terus jujur menghantar rasa
Pantas ke kepala

Aku penat
Aku capek
Sejujurnya lelah

Dengan dada berombak
Menurut deru nafas yang kering
Tengkorokan pedih
Batuk yang panjang

Semoga sembuh pantas
Luka daging ini
Yang kembali
Menyukar mudah yang terbentang


Sunday, September 9, 2012

Paranoia


kita ini sangat sibuk
menjaja aib kisah dia

kita ini sangat sibuk
mencari salah penghuni neraka

kita ini sangat sibuk 
menconteng arang di muka

kita ini sangat sibuk
mencipta lelucon dosa

mana ada salah!
mereka yang silap!
mana mungkin pernah mengalah!
dan dalam diam
menuju ruang gelap

benar kata tok
kadang yang buta itu lebih beruntung
kerana celik mereka indah berimaginasi
bukan sekadar ilusi nyata
yang selalu membinasa

Kita tetap takut
dalam ketakutan yang dicipta sendiri.


Friday, September 7, 2012

Masa.kini.


Sangkar itu dibuka
keluarlah anak - anak muda
bermaharajalela

mengeluh tentang nikmat yang menimpa

Soal Hati


Bila mungkin itu tiba
Seluruh tubuh menggeletar
Menikmati benarkah ia?
Menjelahi dimanakah ia?
Menyedari cantikkah ia?

Bila mungkin itu tiada
Bujur ini mengakui
Yang ada itu sudah pasti
Yang tiada itu telah mati
Benar,
Beban sungguh persoalan yang tiada hujungnya


Thursday, September 6, 2012

Jahanam


Dan rasa pedih itu kembali
Seperti dibedil jauh tangkas dari sana
Mengingatkan aku pada dosa manusia
Yang tidak mungkin berhenti membinasa

Moga akan muncul siul riang sekali lagi.

Wednesday, September 5, 2012

Fikir


Asap durjana memenuhi kamar kecil ini. Katil dan meja yang berselerak menambah bingit pada jiwa. Semua rasa tidak kena.

Sering saja aku lupa kuasa pencipta. Moga aku tidak terus khayal dalam kabut nafsu ini.



Tuesday, September 4, 2012

Ketar


Memang kadang perasaan itu sepertinya curang dengan keinginan hati aku sendiri. Aku petakkan ia, ia berdegil meregang menjadi bujur semula. Sebujur wajah yang kau punya. Cantik, indah warna airnya. Buat aku senyum selalu.

Segala apa yang berlaku menghukum hari - hariku. Sesal yang tidak berkesudahan membungkam hati. Rasa itu tersepit diam di antara cerita - cerita dari memori kepala. Mencetak pelbagai spekulasi kotor tentang apa yang dirasa. Tidak mampu senyum lagi.

Ketika muncul kembali satu senyum itu, aku reda. Reda dalam seluruh kata, dalam seluruh suka. Tubuh menggeletar seakan menahan sesuatu. aku sendiri tidak tahu kenapa. Aku tidak faham bahasa mereka di dalam. Hati seakan mahu memberitahu sesuatu tapi tubuh yang lain menahannya dari sampai ke kepalaku. Ah, dia senyum lagi. Entah apa di cerita sudah tidak kedengaran. Aku terus bermain perasaan.

Aku tahu dia sempurna, aku tahu dia setia cuma aku bukan si pujangga seperti lainnya. Kelu berhadapannya. kaku sempurna.

Entah bagaimana pula aku mahu menghadap mati. Apa ada ruang untuk aku membela diri di sana?

Aku kucup bibir sendiri dalam ketar yang tidak akan pernah berhenti.


Monday, September 3, 2012

Kotak Besi


Kotak besi beroda yang memecut
Merentas satu susur noda tidak bertepi
Memanggil dengan janji
Menolak dengan hati
Mencemuh tanpa bukti

Kotak ini sudah uzur
Pada jiwa bukan umur
Ingin ku jaga selayaknya ia
Tapi nafsu murka segala
Tinggal lah aku memandu

Sebuah kotak tiada serinya.


Sunday, September 2, 2012

Cuma Aku


"Jangan mendekat sayang,
Biar saja aku menjadi pilihan yang terakhir untukmu"

Bukan aku tidak sudi
Cuma aku mahu kau percaya
Bahawa hanya aku yang benar - benar
Selalu ingin dekat denganmu.

Cuma aku.

Saturday, September 1, 2012

Songsang


Dan kalau kota boleh terbalik
Apa lagi manusia?
Punya hati berbolak - balik.
Mudah saja hilang rasa
Dalam jiwa

yang merusak itu aku dan kamu
ya, kita semua

Terus


Biarkan saja masa berlalu
Pentingkan apa yang kau laku

Biarkan saja jika ada mengherdik
Yang penting kita yakin kita celik

Kita memperdaya nafsu
menolak diri agar maju
Terus - terusan usaha
biar hasil membawa gembira

Mohon terkesan susur batinku.


Langit dan Laut


Damm! satu letusan
Dammm! dua letusan
Kedengaran dari jauh sayup menghukum
Apa benar ini, apa benar itu
Semua tanggapan ada

Cerita itu tidak pernah putus
Bersambung - sambung tiada henti
Entah mana betulnya entah mana salahnya
Tidak mungkin mengiyakannya mustahil menidakkannya
Situasi ini selalu menghimpit

Antara langit dan laut
yang selalu meneman di kala sunyi
aku minta keindahan itu
terus mekar tiada kotornya
berhadapan si badut menggondol negara.


-Salam kemerdekaan malaysia!-